1. Aku lihat ada sesetengah blog sungguh rajin update blog mereka sampai 5-10 artikel dalam sehari. Semua cerita dia nak masukkan dan nampak sangat blogger tu nakkan trafik masuk ke blog dia. Jadi, penuhlah keyword-keyword yang pendek dan panjang di artikel-artikel beliau. Aku tak kesah nak masuk banyak-banyak artikel. Sebab tu hak dia. Cuma aku rasa macam tak best aje. Mungkin sekadar 3-5 update dah kira ok dan aku rasa dah cukup banyak tu, tapi kalau sampai dekat 5 artikel dan cerita benda sama aje, aku semacam dah malas nak lepak lagi blog tu walaupun blog tu memang ramai followernya..
2. Lin Dan dan Chong Wei akan berentap lagi. Aku suka kalau diorang bertemu masa kat final. Memang susah nak kalahkan diorang berdua ni. Peter Gade, Tago, Bao Chunlai, Cheng Jing, Cheng Long dan Taufik Hidayat. Inilah calon-calon yang boleh kalahkan Chong Wei dan Lin Dan. Tapi amat jarang sekali diorang masuk final dan jumpa salah seorang dari jagoan berdua tu. Kalau jumpa, mesti kalah. Menang tak pernah. Tapi kalau Chong Wei dan Lin Dan, memang susah nak agak siapa yang akan menang. Dua-dua boleh menang. Tapi memang banyak memihak kepada Lin Dan berbanding Chong Wei. Setakat ni, bagi aku memang Lin Dan terhebat. Tapi Lin Dan kena tahu, hanya Chong Wei aje yang boleh kalahkan Lin Dan kat perlawanan Akhir mana-mana super series. Yang lain? Aku tak nampak lagi..
3. Nak jadi Problogger, mustahil hanya dengan satu blog sahaja. Jadi, kalau korang rasa nak jadi Pro Blogger yang boleh sara hidup korang tu, mulakan langkah untuk buat network korang. Tak kiralah melalui blog atau website atau syarikat sendiri. Tapi mulakan sekarang. Jangan hangat-hangat tahi ayam aje. Bukan senang nak jadi Problogger Malaysia nih. Jauh sangat kalau nak dibandingkan dengan problogger negara luar tu..adakh anda Problogger yang kami cari?
4. Satu lagi, nak jadi blogger yang berjaya dan mampu hasilkan ratus ribu ringgit setiap bulan, bukan mudah. Modalnya juga bukan seratus-dua ratus. Mahu beribu juga. Kalau baru seratus dua, macam mana nak dapat 1 juta ringgit? Nak dapat 1 ribu ringgit setiap bulan dari blog pun nak tersekat-sekat, inikan mahu mimpi jadi problogger? Bukan tak boleh berharap dan berangan, tapi kalau dari 2-3 tahun lepas korang cakap benda sama, tapi dok asyik cerita bukan-bukan dalam blog, trafik pun tahap ke bulan, follower pun 1-2 orang aje. Apa barang mahu jadi Problogger???
2,007 total views, 2 views today
Apa tu problogger? ❓
yang kedua tu pelik sikit..tetibe masuk congwei dengan lindan..owner justkhai,antara yang saya lihat dh berjaya bina networknya dalam dunia blog ni ..
Chong wei lin dan problogger jg ke?