Hari ini dah 26hb Mac dan malam ni adalah ulang tahun sambutan bagi Earth Hour 2011 untuk seluruh dunia. Bumi akan bergelap malam ini selama satu jam dan dari satu jam itu banyak penjimatan berlaku dari segi tenaga elektrik dan macam-macam lagi. Pendek kata, jika satu bumi yang tak berapa hijau ini bergelap seketika, memang banyak benda pelik akan berlaku.
Bukan aku nak korang sambut atau tidak Earth Hour 2011 ini. Cuma sesekali, tak salah untuk kita ikut apa yang baik. Memang aku tahu ada yang tak suka sambut benda-benda macam ini, mungkin mereka ada sebab atau alasan tersendiri. Tapi biarlah, janji depa bahagia.
Hari ini, penuh dengan kerja. Lari sana-sini, rempit dengan motor lagenda, bayar bil kat pejabat pos, siap sembang kejap dengan akak tu sambil dia uruskan bil-bil aku tu. Mahu cecah 4 ratus gak semuanya. Banyak gak benda yang perlu dibayar rupanya. Dapat off dekat RM10 untuk bil air sebab kerajaan negeri Selangor dah tolong bayarkan. Jadi tinggal bayar 2 ringgit lebih aje. Terima kasih kerajaan Negeri Selangor. Yehh!
Apapun, satu lagi hari yang baik berbanding hari-hari yang kurang best dalam hidup aku. Semoga perjalanan hidup kita sentiasa diberkati dan tidak sentiasa terlibat dengan musibah atau kecelakaan seperti yang berlaku di Myanmar. Gempa bumi skala 6.8 ritcher. Dekat 70 orang mati. Dulu, krisis Mesir, pastu Tsunami di Jepun, Peperangan di Libya dan kini, Gempa bumi di Myanmar. Aku harap Bumi sentiasa sihat dan tidak batuk-batuk aje sampai menghasilkan gempa bumi dan tsunami. Kita kena faham, Bumi kita ni dah sakit. Sakit tua. Lama dah sakitnya. Kita pula asyik cucuk-cucuk je dia. Mahu dia tak terbatuk-batuk menahan sakit. Jadi, sayangilah bumi kita yang dah cukup tua ni..
Ps: Emm..aku sayang Bumi.
1,585 total views, 1 views today
Tak pernah sambut lagu earth hour nih.haha..bukan tak sokong, sokong..hehe
ya betul.. bumi kita dah semakin tua.. cuma tak ramai org yang sedar. ramai yang masih lalai dengan duniawi…
Selamatkan bumi kita!