1. Dulu, namanya Youthsays, tapi kini diberi nafas baru dengan nama Says. Nama penuh pula adalah Says.my. Sekarang mereka sambut i jadi yang ke 3. Maksudnya dah 3 tahun Youthsays atau Says wujud kat Malaysia nih. Dipendekan cerita, aku agak suka dengan program ini. Ianya program yang berbeza berbanding program-program tempatan yang aku sertai sejak 6 tahun aku berkecimpung dalam dunia blogger ini.
2. Sesiapa pun boleh buat duit dengan Says.my. Tak susah. Ada 3 cara nak buat duit dengan program ini. Korang cuma perlu jawab survey. Setiap survey ada harganya. Ada yang seringgit, ada yang 3 ringgit, ada yang 50 sen. Jadi, jawab ajelah. Benda mudah aje. Bukan susah mana pun.
3. Cara yang kedua adalah melalui kempen-kempen yang mereka jalankan. Setiap kempen ada kuota tertentu. Ada kempen cuma bagi kita maksimum 5 ringgit sahaja untuk kita capai. Ada yang 10 ringgit. Dan ada juga yang lebih dari itu. Jadi, rebut peluang untuk sertai lebih banyak kempen dan promosi diblog, facebook dan twitter. Juga boleh promosi kat tempat lain. Lagi banyak anda promosi, lagi banyak potensi korang untuk dapat duit dari program Says ini.
4. Cara ketiga pula adalah dengan mencari downline. 1 downline, kita diberikan seringgit. Kalau dapat cari 10 orang dan mereka daftar melalui link yang kita promosikan itu, kita dapat 1 ringgit. Agak tinggi untuk program tempatan. Lagipun, bukan senang nak buat orang asing untuk daftar melalui link referral kita tu. Nak cari seorang downline pun dah susah. Kalau aku dapat sorang, dah cukup tersengih-sengih macam kerang busuk dibuatnya. Jadi, kalau korang nak jadi downline aku, sila-silalah daftar kat sini >>
5. Aku dah pernah dapat bayaran dari Says. Dua kali. Kali pertama, aku dapat RM1000 sebagai join salah satu dari program mereka. Aku cuma perlu buat entri atau post selama sebulan mengikut tajuk dan kriteria yang mereka mahu. Yang kedua, aku berjaya cukupkan RM50 untuk request kali kedua dari Says. Tahniah untuk diri aku sebab berjaya capai nilai minimum. Bukan senang tu nak buat. Usaha kena lebih keras lagi kalau aku nak dapat bayaran kedua dan ketiga selepas ini.
6. Aku bukanlah orang yang menjadi penyokong setia bagi Says. Aku suka dengan program ini sebab ianya berbeza, boleh bagi aku peluang buat duit dan cara yang perlu aku lakukan untuk buat duit tidaklah sesusah mana. Cuma kena lebih berusaha untuk dapat lebih.
7. Kalau korang nak menang hadiah-hadiah dari Says sempena hari jadi diorang ni, boleh dan pilih hadiah yang korang mahu. Boleh dapat Ipad, iPhone 4, Macbook, melancong ke Bali, melancong ke Koera dan macam-macam lagi. Tinggal pilih aje. Kalau bertuah dan kena syaratnya, mungkin korang boleh menang hadiah-hadiah tersebut. Yehh!
Itu sahaja.
Ps: Ada sesiapa yang pernah join program Says. ni atau tidak?
2,904 total views, 1 views today
salam…lebiha senag sye pggl abg la….abg tau ta cre na buat campaign….sye da bnyk kali wt..sume ta menjadi…pliz reply…huhu
kyroz. boleh search kat website says. Dia ada tunjuk step by step.
dengan says,kita mampu dapat duit
Yap. Sesiapa pun boleh buat duit dengan Says.my. Hehe..
Pernah cashout sekali.. Skang tengah tunggu nilai minimum untk cashout kali kedua..
Wah, best jugak ya program ni. 🙂