1. Hari ini aku tak berapa sihat sebenarnya. Mulut rasa macam pahit semacam. Bibir rasa kering. Perut lapar yang amat. Badan pula rasa penat yang sangat. Jadi, memang aku buat kerja pun macam nak tak nak aje. Tapi aku cuba juga buat apa yang aku mampu. Kalau tidak, rasa macam tak best plak hari ini..
2. Dalam 2-3 minggu kebelakangan ni, banyak aku sentuh tentang blog dan budaya blogging kat negara kita ni. Aku lihat, sudah banyak blog-blog yang lebih hebat berbanding blog luar dari segi trafik dan penyampaian. Cuma dari segi earning ataupun pendapatan, memang kita masih jauh meninggalkan mereka. Tapi ada juga segelintir antara mereka yang betul-betul berjaya dengan blog-blog mereka. Tahniah buat blogger tempatan yang sudah mampu berdiri sama tinggi dengan blogger luar.
3. Memang ramai blogger baru mahu dapat duit cepat dari blog mereka. Pukul rata, 99% mahukan sedikit hasil dari blog mereka. Kalau nak tahu blogger tu berminat untuk buat duit dengan blog mereka, caranya senang sahaja. Kalau tak ada langsung iklan atau banner kat blog mereka, kita boleh katakan secara kasar bahawa blog mereka bukan untuk cari duit. Ianya lebih kepada perkongsian ataupun bersifat peribadi. Tak banyak dah aku jumpa blog-blog yang bersifat peribadi. Kebanyakkannya adalah blog yang penuh dengan iklan-iklan hijau, merah dan biru.
4. Mempunyai blog bukannya memberi lesen besar kepada kita untuk mencaci atau menghina orang lain. Ianya cuma lesen untuk meluahkan apa yang kita rasa tentang dunia, tentang persekitaran, tentang masyarakat dan tentang macam-macam perkara. Jika sampai mencarut membabi-buta tanpa hujah yang kukuh, tak perlulah nak bagitau dunia yang anda sahaja yang betul. Ukur baju dibadan sendiri. Barulah kutuk kalau berani.
5. Memang manusia mempunyai macam-macam sifat dalam diri mereka. Ianya begitu juga kepada blogger-blogger tempatan. Sifat yang kurang baik dalam diri blogger biasanya diterjemahkan melalui tulisan mereka. Ada perkara yang pasti kurang menyenangkan blogger tersebut dan disampaikan melalui tulisannya. Tidak ada salahnya untuk berbuat demikian. Cuma tidak perlulah menggunakan ayat atau perkataan yang terlalu kasar. Kadang-kadang, perkataan-perkataan yang kasar ini mampu membunuh hati manusia.
Ps: Serius, memang tak berapa sihat hari ini. Badan rasa macam tak best aje. Kalau sepak penalti, mesti kasut bola yang masuk dalam gawang gol. Bolanya terbang entah ke mana. Gol tak dapat. Penat yang dapat. Gelak pun dapat sebagai bonus.
2,172 total views, 1 views today
Take a good care of urself..
I will.
Everyday.
Good! 😉