Artikel hari ini ada bau-bau durian dengan artikel semalam.
1. Jika Nuffnang tak memberikan korang apa-apa balasan seperti yang korang mahukan. Cuba program lain. Antaranya adalah Innity. Tapi untuk layak buat duit dengan Innity bukan mudah seperti program lain. Innity mahukan blogger yang terer cari trafik. Paling teruk pun, 20 ribu unik visitor dan 100 ribu hits atau impression. Jadi, kalau setakat blog 100 uv atau 500 uv sehari, kirim salam ajelah. Innity hanya untuk blog-blog yang mempunyai ratusan ribu impression. Jadi, jika korang kecewa dengan cik Nuffnang, fikir dulu, blog korang layak untuk program yang macam mana.
2. Bagi program buat duit tempatan, Innity pegang rekod nombor 1 yang paling dipercayai dan disukai. Atas sebab apa? Diorang bayar pakai transfer bank. Innity sangat menjaga dalam pemilihan blog ke marketplace mereka. Advertiser Innity bayar mahal untuk impression dan klik. Pasti Innity ada tetapkan nilai paling minimum untuk beriklan dengan mereka. Ini kerana Innity menyediakan blog-blog yang terdiri dari super-duper blog yang mempunyai puluhan dan ratusan ribu impression setiap bulan
3. Aku baru hantar satu blog yang mempunyai 25 ribu uv pada bulan Mac, 19 ribu uv pada bulan Februari dan 15 ribu uv pada bulan Januari 2011. Impression memang tak cukup 100k. Tapi mahu dekat berpuluh ribu dan ada yang hampir cecah 100k. Saja nak test power. Lepas atau tidak. Lepas beberapa hari, tetap kena reject. Nampak gaya, aku kena buktikan 25 uv setiap bulan dan 100 ribu impression setiap bulan untuk melayakkan blog aku masuk ke keluarga Innity. Susah. Tapi aku cuba.
4. Aku boleh katakan Innity merupakan salah satu program buat duit dengan blog versi premium berbanding Nuffnang, ManggaAd, Adsniaga, Advertlets dan sebagainya. Jadi, siapa yang ada akaun Innity, sila bangga selama 10 saat, sila sengih seluas mungkin selamat 20 saat, sila gelak guling-guling selama 20 saat dan sila bersyukur pada 10 saat terakhir. Ok. Korang terer.
5. Jika korang tak suka Nuffnang, takyah dah kutuk sana-sini dan sampai siap buat artikel semata-mata nak kutuk program Nuffnang. Hanya sebab tak dapat BE, korang selamba aje tulis benda-benda yang bukan-bukan dalam artikel korang. Ya, aku tahu korang terer. Tapi korang cuma membuktikan yang korang tak terer untuk buat duit dengan Nuffnang. Jika korang nak buat duit dengan Nuffnang, bagi apa yang Nuffnang nak. Bukan apa yang korang nak. Nuffnang nak apa, dan apa yang korang nak. Berbeza. Kena faham tu. Mesti ada give and take.
6. Jika korang tak dapat buat duit dengan Nuffnang. Baru aje kumpul singgit dalam akaun Nuffnang setelah setahun berusaha. Sila mengaku yang korang tak terer dan lemah untuk buat duit dengan Nuffnang. Mengakui kelemahan bukan satu perkara yang memalukan. Ini cuma membuktikan, korang belum cukup terer dan bersedia untuk buat duit dengan Nuffnang. Korang cuma tak tahu. Sebaik sahaja korang tahu, korang akan jadi terer. Sila percaya.
7. Innity dan Nuffnang. Sama sahaja. Memberi peluang kepada blogger dari Malaysia untuk buat duit dengan blog. Setuju? Jadi, tak perlu nak benci mana-mana. Cuba sahaja dua-dua. Kalau dulu ada satu blog, tambah blog baru. Usaha dan buat sampai dua-dua blog tu boleh dapat trafik yang tinggi. Satu cuba untuk Nuffnang, satu cuba untuk Innity. Tak perlu gaduh-gaduh. Ini bila satu program tak bagi kita income tinggi, kita nak marah. Kita tuduh program tu tipu, kita kritik bagai nak rak. Aduhh..silalah positif sikit..mesti korang ada silap kat mana-mana..
8. Kenapa aku bandingkan Nuffnang dan Innity? Sebab dari apa yang aku perhatikan, ramai yang cerita tentang 2 program ini. Nak buat duit dengan Nuffnang, ada caranya. Nak buat duit dengan Innity, ada caranya. Setiapnya berbeza. Peraturan bagi setiap program juga berbeza. Tapi cara dan teknik untuk kita buat duit tu mungkin ada persamaan. Kedua-duanya perlukan trafik yang tinggi untuk dapat apa yang kita mahukan.Kalau tak dapat apa yang kita mahukan, kita kenalah usaha. Bukan kutuk-mengutuk dekat blog masing-masing. Takkan nak 10 ribu, usaha sehari dua malam aje. Kan? Kan?
9. Ini dari pemerhatian liar aku. Mungkin betul atau tidak. Selalunya, yang dapat BE ni, blog-blog baru, blog yang baru nak naik, blog yang baru dapat status Glitterati dan blog-blog yang dikatakan kawan baik dengan Nuffnang. Blog yang trafiknya melampau-lampau sampai beratus ribu impression, memang susah nak dapat BE. Bukan tak dapat, susah. Mungkin juga dapat 1-2 BE aje. Sebab apa? Kalau blog super duper ni, dapat BE, paling teruk pun, 100-200 ringgit untuk setiap buffered earnings. Kalau diorang dapat 10 buffered earnings, mahu dekat 1 ribu Nuffnang kena bayar. Jadi, untuk lebih ramai yang merasa dan puas hati dengan Nuffnang, jadi BE diagihkan kepada blog-blog yang trafiknya ciput. Jadi, Nuffnang pun bayar ciput aje dan pada masa yang sama mereka dapat beratus-ratus blog yang akan paparkan iklan Nuffnang. Potensi lebih luas dan memuaskan hati ramai blogger. Emm, entah betul atau tidak. Ini dugaan aku aje. Sila abaikan.
10. Lain pula ceritanya dengan Innity. Lagi banyak impression, lagi banyak income. Tapi bergantung juga pada kempen CPM yang sedia ada dalam Innity. Kalau kempen yang sedia ada tu semuanya CPC, tak guna gak ada impression beratus. Satu sen pun tak dapat kalau korang langsung tak dapat 1 klik. Jadi, simpul matinya. Kita tetap kena dapat banyak klik untuk buat duit dengan Innity dan Nuffnang. Bukan senang tu. Kalau senang, mahu bankrupt Nuffnang dan Innity nak bayar beratus ribu pada blogger mereka setiap bulan. Jadi, pasti ada cara dan method tertentu untuk memuaskan hati kedua-dua pihak. Advertiser dan publisher aka blogger.
2,381 total views, 2 views today
Selepas 2 tahun berblogging, Aq baru nak berjinak2 dengan blogging untuk malaysian masses. Innity nampak menarik..apa maksud buffered earning?
Entri yang menarik untuk tambah kefahaman tentang Nuffnang & Innity.. Tapi belum layak nak join Innity.. Kena lebih gigih usaha.. Chaiyok! 😉
lastly, aku kagum kat ko. tu je. Tq 😛
Pertama kali guna Nuffnang masa mula berblog pada tahun 2009.
Masa tu Asyrof dah tampal iklan nuffnang kat platform blogspot.
Then masa tu tak ingat sebab apa dapat stautus Glitterati.
Tapi rasa macam puas sebab kita diiktirafkan. 🙂
Lepas tu mood menulis hilang entah kemana. So, blog still ada cuma penulisan terhenti.
Masuk je platform blog berbayar, now status nuffnang biasa-biasa saja.
So, kena tunggu la nak dapat status Glitterati semula. 🙂