1. Aku sebenarnya agak musyil bagi sesetengah blogger yang mendapat ribuan dan ratusan klik dari akaun Innity mereka. Boleh capai beribu ringgit plak tu hanya dengan satu dua blog. Camana agaknya diorang dapat ribuan klik dari blog mereka tu. Even korang dapat ratusan ribu klik walaupun hanya dalam sebulan, aku masih musykil. Hebat gila diorang dapat klik banyak tu. Teknik apa yang mereka gunakan? Nak juga aku belajar. Hemm..sape yang terasa korang dapat ribuan klik untuk Innity tu, bolehlah share dengan aku kat ruang komen. Tapi tolong jangan cakap yang korang dapat dari SEO, update blog, dapat banyakkan trafik dan sebagainya. Secara logik akal aku, memang tak sangat sukar. Bukan mustahil. Cuma ianya sukar untuk dipercayai. Mesti ada trik. Kena pula dengan orang Malaysia ni bukannya jenis suka klik-klik iklan ni. Camana agaknya diorang dapat yekk..
2. Aku sentuh sikit soal BE. Memang susah nak dapat BE sebab kita tak tahu apa cara sebenar untuk dapat buffered earnings tu. Jika ditanya dengan 10 orang blogger, pasti setiap 10 orang tu akan bagi jawapan yang berbeza-beza.
3. Bab buat duit dengan blog, adalah subjektif. Ada orang berjaya dapat ribu-ribu dari blog mereka, ada orang dapat ratus-ratus aje, ada orang sen-sen aje. Jadi, nak dapat apa yang korang nak, mesti berusaha 100 kali ganda usaha. Setakat main blog commenting, main SEO dua tiga minggu, post kat digg, gengblogger, ping sana-sini, belum cukup bantu korang nak dapat income ribu-ribu. Usaha mesti berganda-ganda.
4. Bila bab mengulas, aku tahu itu hak korang. Cuma biarlah berpada-pada. Kalau betul, tak apa. Tapi kalau dah macam orang nak meroyan, apa kejadahnya tu..jangan tunjuk kemaluan diri sendiri. Tunjuklah cerdik sikit..
5. Orang kita atau blogger kita dah makin bijak. Tapi golongan yang kureng dan poyo juga turut meningkat. Jadi, tak perlu nak susah payah kutuk dan kritik orang lain. Buat kerja sendiri dan buktikan korang lagi terer. Bukan nak kata korang hebat sebab korang terer buat macam-macam, tapi itu lebih baik dari korang kutuk-mengutuk tapi sebenarnya korang tak terer langsung dari orang yang korang kutuk. Dalam dunia blogger, orang terer memang layak untuk kata apa yang dia suka. Tapi jangan pula korang lupa, orang terer ni ada ramai juga yang bangang-bangang. Jadi, terima ajelah. Dunia blogger ni memang macam ni. Jika orang lain kata aku blogger poyo. Ye, aku poyo. Tapi ada aku kisah??
6. Aku suka merepek dan aku suka terjemahkan dalam blog-blog aku. Kalau korang dapat tangkap maksud aku,tahniah. Korang terer. Sila tepuk tangan dan beli lolipop untuk diri sendiri sebagai penghargaan untuk diri korang.
4,230 total views, 2 views today
Saya terpegun dengan keterangan ini. CUbe juga utk tulis panjang2 camni..tp susah 😀
terpegun sebab apa ek? Hehe..
Boleh aje tulis panjang-panjang macam ni. Nak atau tak nak aje..
sekrang ni macam satu kebanggaan bila blog dapat generate income ratus-ratus ringgit sebulan.. rahsianya? .. RAHSIA lah. kalau semua orang dah tau, mana ada rahsia lagi dah kan
Yap. Rahsia memang takkan diketahui. Tapi tak salah rasanya berkongsi, kan? Hehe..
Tukarkan perkataan rahsia tu jadi teknik, tips @ tutorial. Lepas tu kongsi la. Baru la tak rahsia
Ulasan panjang lebar, kalau detailkan lagi, lagi bagus…
haha..tak leh detail sangat. hehe..
fine…lepas ni aku klik sendiri iklan2 tu…bijak tak jawapan ? meh 1 lolipop
haha..lolipop? beli sendiri la..sampai bila nak pauu aku aje. haha
byk rupanya blog..lain blog lain cara penulisan ek..huhu
Sampai sekarang masih lagi jadi tanda tanya.. Apa taktik dorang ekk? Ermm.. ❓
Tulah kan best dapat earning ratus to riban.
Dapat beli macam-macam yang kita nak. 🙂
xssh tp kene trafic tinggi dan mahir dengan seo..
Serius saya cemburu dengan penulisan ini.. Kalau saya buat entri sepanjang ini pun pasti sedikit orang saja yang sanggup baca, tapi entri ini saya rasa beribu orang baca sampai habis..