Ya. Mungkin ada yang agak gelak guling-guling dengan apa yang aku akan cerita lepas ni tentang program Advertlets. Maklumlah, aku baru aje cuba balik program ini dengan semaksimum mungkin dalam masa 3 hari ini..
Hari pertama. Aku cuma dapat 7285 impression dan earning yang aku dapat adalah berjumlah RM3.543. Aku letak kat satu blog yang trafiknya agak tinggi tak kiralah dari segi unik visitor atau impression. Aku juga letak kat 3 blog yang trafiknya sederhana. Jadi, itu jumlah yang aku dapat. Ya, ya. Aku tahu ada yang tengah gelak sebab trafik ciput aje. Ada orang dapat berpuluh atau beratus ribu impression, aku? Guna 3-5 blog, baru dapat 7 ribu aje impression. Ye, korang terer. Aku tak. Tapi aku pedulik apa. Janji eksperimen aku ada keputusannya, itu dah cukup handsome bagi aku.
Hari kedua. Berlaku peningkatan sedikit iaitu aku dapat 9676 impression dan earning aku berjumlah RM4.764. Agak tinggi berbanding hari pertama.
Hari tiga pula berlaku penurunan dari harga kedua tapi meningkat sikit berbanding hari pertama. 7397 impression dan earningnya pula adalah RM3.543. Mungkin akan meningkat lagi sebab hari ini masih belum cukup 24 jam lagi. So, mungkin boleh kejar lagi yang hari kedua punya earning.
Secara keseluruhannya, dapat dalam RM12 lebih untuk tempoh 3 hari bereksperimen. Ok ke tak bagi korang? Bukan senang tu nak dapat. Dulu aku nak kumpul RM100 dari Advertlets ni pun ambil masa berbulan-bulan. Kini, aku yakin aku boleh buat dan kumpul RM100 dalam tempoh 1 bulan. Hoho..
Ok. Setelah beberapa artikel baru aku masukkan untuk hari ini dan beberapa hari akan datang, mungkin momentum setiap blog akan berubah dan ada potensi untuk bertambah. Mana tahu, aku boleh dapat bayaran kedua dari Advertlets pula.
Cuma yang tak berapa seronok, bayaran cuma akan dibuat dalam tempoh 30-45 hari selepas hari kita cashout. Jadi, agak lewat sikit dan aku yakin mereka akan tanya lagi pasal bukti trafik dan sebagainya seperti 2-3 tahun dulu. Ini agakan liar aku aje. Tapi kalau diorang tak tanya, itu dah cukup bagus. Haha..
Ps: Aku beri peluang kedua untuk Advertlets. Aku harap tidak ada apa-apa yang mendukacitakan seperti kes 2 tahun lepas. Mahu kena tunggu 2 tahun lagi untuk komisen kedua? Aku harap ianya tidak berlaku.
1,996 total views, 1 views today
Earning yang anda peroleh sangat luar biasa
Kedepannya semoga tambah sukses
biasa-biasa aja. Ya, harap lebih sukses selepas ini. yehh!