Yap, aku dah capai angka seratus dalam akaun Advertlets aku. Tapi aku belum tekan butang cashout untuk request payout dari Advertlets. Aku tunggu lagi dalam 2-3 hari atau penghujung bulan ini sebelum aku berbuat demikian.

Jadi, ujikaji aku yang tak sampai sebulan ini mula membuahkan hasil. Walaupun cumalah seratus lebih sahaja, tetapi eksperimen ini boleh dikatakan agak berjaya. Tahniah pada diri aku kerana berjaya capai nilai minimum dalam tempoh tak sampai sebulan. Memang susah pada mulanya. Aku sendiri aku tak sangka aku boleh buat sebegini rupa, tetapi selagi kita tak cuba, selagi itulah kita tak dapat hasilnya bukan? Jadi, jangan mudah putus asa.
Aku harap Advertlets dan Josh Lim takkan mempertikaikan apa-apa lagi selepas ini. Bukan senang aku nak capai tahap ini. Usaha sejak 2 tahun lepas. Barulah hari ini dapat rentaknya..harap bila bayaran kedua dari Adverlets ini aku perolehi lagi 30-45 hari nanti, dapat menyemarakkan lagi aku untuk mencari duit melalui blog-blog aku ini. Jangan diorang buat hal pula. Hehe..
Masih ada yang kata tidak pada Advertlets?
Ps: Artikel ini telah aku setkan keluar hari ini. Ini bermakna, aku tidak menulis pada hari ini kerana kena pergi rewang kat rumah pakcik aku. Dua orang anaknya buat kenduri kahwin serentak pada hari yang sama. Mesti ramai yang datang. 3 orang keluarga berkenduri. hoho..
1,629 total views, 2 views today