Dapat cek ke 10 dari Nuffnang. Yehh! Ini cerita minggu lepas.

Cerita panjang-panjang. Aku dah malas. Bab BE(buffered earnings), bab Glitterati, blogger benci nuffnang, bab nak dapat trafik untuk Nuffnang, cek nuffnang, masalah nuffnang, masalah nuffnang scam, nuffnang penipu dah macam-macam lagi. Aku malas nak huraikan. Korang boleh cari kat blog lain dan baca. Tapi inilah cek yang ke 10 dari Nuffnang. Aku request bulan Mac, hujung bulan April baru dapat ceknya. Kiranya, betullah. Akan dapat cek dalam tempoh 30 hari. Itu bagusnya akaun Nuffnang kita berstatus Glitterati.
Apapun, thanks Nuffnang untuk cek kali ini. Nampak sedikit kelebihan blogger yang mempunyai status Glitterati berbanding akaun ordinary. Aku yakin, ramai yang dah dapat cek Nuffnang. Bukan aku seorang sahaja blogger yang dapat cek dari Nuffnang, kan?
Ps: Mungkin cerita aku ini tak sebest cerita seorang ibu tunggal ini..
1,515 total views, 1 views today