1. Aku teringat tentang satu program lama iaitu Peer Gomez. Masihkah korang ingat tentang program lama ini? Website terkini Peer Gomez nampak lebih matang dan baru. Aku suka. Nampak lebih bersih dan meyakinkan sesiapa yang mahu buat duit dengan Peer Gomez ni.
2. Aku tidak rasa salah untuk mencuba program ini. Kalau berminat, boleh daftar dan cuba. Benda ni kita kena download satu software mereka. Install, dan biarkan ianya berjalan setiap kali korang buka komputer atau laptop. Jika laptop atau PC korang sentiasa ON 24 jam, program ini memang sesuai sangat dengan korang. Untuk orang Malaysia, kita dibayar $0.082 dollar untuk 24 jam. Kalau kurang dari tu, maka kuranglah ratenya. Untuk mengetahui tentang rate, boleh rujuk kat website Peer Gomez.
3. Aku cuba run semula. Tengok bulan Mei ni aku boleh capai minimum payout atau tidak. Hehe..
4. Boleh daftar disini >>
5. Ada orang kata software dia ada malware ataupun virus. Itu aku kurang pasti. Kalau korang nak join, risiko adalah tanggungjawab sendiri. PC atau laptop korang terbakar, aku tak tanggung sebab selama ini pun, tak pernah jadi apa-apa kat laptop aku mahupun rumah aku. Moga-moga dijauhkan dari segala malapetaka termasuklah tsunami.
6. Bayaran minimum adalah 5 dollar dan korang boleh terima bayaran melalui paypal. Itu sahaja. Setakat ni, mereka memang bayar. Tak pernah lagi mereka tipu-tipu aku lagi..
Ps: Siapa pernah dapat duit dari Peer Gomez ni? Aku baru dapat dua kali sahaja.
1,800 total views, 2 views today
relevan lgkah program ni?
Menariknya..dah tu dia buat kerja mcm mana?tak kan kena install software dia dan duk rilek jer..tak kena buat dia curi line internet kita..haha..