Takde apa-apa sangat. Saje aje nak berlagak sikit dengan earning Advertlets yang baru aku cuba tak sampai sebulan ni. Aku tak cukup terer lagi. Ada blogger, sebulan aje, dah 4-5 ratus boleh dapat senang-senang aje dari blog mereka. Aku ni kira blogger biasa aje. Nak dapat seratus pun bagai nak rak dalam sebulan. Ini dah cukup bersyukur boleh dapat banyak nih. Haha..
kiranya ujikaji dan eksperimen aku terhadap Advertlets yang aku cuba kembali menampakkan sinar baru dalam dunia blogging aku. Ada peluang untuk dapat bayaran kedua dari Advertlets dan aku kena tunggu 30-45 hari untuk dapat bayaran dari mereka. Jika aku cashout 30 Mei 2011, aku akan dapat pada 15 Julai 2011. Lama gila kan? Dah sama level dengan Innity pula aku rasa. Haha..
Dari segi bayaran, Nuffnang masih yang terbaik sebab dapat cek nuffnang dalam masa 1 bulan. Lepas dapat cek, aku rasa biasanya dalam 1-2 minggu, duit dah masuk ke akaun bank. Tapi diulangi, diorang hantar cek memang dalam 30 hari. Kira cepat jugaklah..
Says sendiri pun ambil masa 2 minggu untuk semak earning dan 2 minggu untuk masa transfer ke akaun bank kita. Jadi, pilih mana-mana program dan promosi gila-gila. Ada hasil, dapat duit. Takde hasil, takde duit. Simple macam tu.
Nasihat aku, nak duit, kita kena buat kerja. Duit tak dapat dah macam masa budak-budak dulu. Dulu, aku nak duit dari mak abah aku pun, kena basuh kereta, kopek bawang, kopek ikan bilis, cabut uban mak abah aku. Sekarang? Takkan aku nak mintak gak kot? Tak macho la beb..
If tomorrow never comes..
Ps: Secara tepatnya, eksperimen Advertlets ini berlangsung selama 20 hari. Belum cukup sebulan. Terer tak aku? Haha..
1,346 total views, 1 views today