Aku dah dapat cek terbaru dari Nuffnang. Nampaknya tidak sia-sia aku setia dengan program Nuffnang ni. Walaupun jumlah yang aku dapat agak kecil, tetapi ianya dah cukup memadai untuk aku request payout dari Nuffnang. Tak perlu nak tunggu angka ribu-ribu, lebih baik aku keluarkan secepat mungkin. Itu lebih bagus sebab aku masih mengkaji program ini untuk membuktikan bahawa kita boleh dapat duit dari Nuffnang setiap bulan. Janji cukup dan lebih dari RM50. Huhu..

Aku tahu masih ramai yang tak puas hati dengan nuffnang dan masih ramai yang ingin Nuffnang ini memilih bulu atau berat sebelah dengan blogger-blogger otai. Bagi aku, itu masalah kecil. Jika kita yakin itu hak kita, perjuangkan hak korang sampai korang dapat. Jangan cakap belakang aje..
So far, setakat aku join program NUffnang ini aku dah merasa banyak benda. Dari akaun biasa, ke akaun glitterati. Dari akaun glitterati, ke akaun biasa semula. Dan dengan susah payahnya aku dapat semula akaun glitterati dan diberi peluang untuk dapat buffered earnings setiap bulan. Terima kasih kepada Nuffnang dan para advertiser yang memilih blog-blog aku untuk mengiklankan produk mereka.
Bagi yang baru bermula, boleh baca dengan lebih lanjut disini >> Nuffnang
Jika mahu tahu bagaimana untuk tackle program Nuffnang, dapatkan produk terbaru Amirul iaitu Pakej Usahawan Blog untuk meningkatkan earning Nuffnang dan mampu untuk dapat cek dari Nuffnang setiap bulan.
Ps: Agak kagum dengan Alex Au-Yong. Sanggup berlari untuk amal.
2,687 total views, 2 views today
Entah la..dah lama tinggalkan nuffnang di blog pondok kecil..hehe
ciktom still lg status geli2 dgn nuff…dh cashout 6x…ni dlm akaun ada la 100++…mls nak cashout skang..tgu time nak raya cashout…
Dulu pernah guna nuffnang dan dapat status glitterati.
Tapi masa tu guna blogspot. Then bila stop menulis.
Setahun ambil masa nak sambung penulisan then tukar domain.
Until now, tak iklankan semula nuffnang.
InsyaAllah satu hari akan iklankan semula. 🙂
Sampai sekarang masih tempek nuff punya iklan kat blog. Tak mampu nak layan affiliate atau tempek iklan lain lagi. UV sikit ja…budak sekolah punya style. Tak reti lagi. Hehehe…