Baru dapat berita baik dari Bidtraffic. Aku ingatkan aku dah takde rezeki lagi dengan program ini. Tapi, semalam akhirnya aku dah dapat bayaran dari mereka. Tapi memang ada cashback. Kena tolak dekat 20usd dan baki yang ada adalah 78 dollar. Kira dah cukup baik bagi aku. Janji mereka bayar. Hehe..
Ok. Dah boleh mula promosi gila-gila balik. Mungkin akan ambil masa sebulan dua untuk capai minimum payout lagi sebab diorang dah kerek sikit sekarang. Memanjang nak soal-siasat aku. Aku dah penat menjawab. Akhirnya diorang bayar gak selepas kena penjelasan dari aku. Aku harap dengan penjelasan tu dapat meredakan keadaan dan tidak ada masalah pada masa hadapan lagi tentang soal bayaran bidtraffic lagi nanti.
Sejak dapat bayaran pertama dari Bidtraffic sampailah bayaran ketiga ni, memang aku seram sejuk dengan program Bidtraffic nih. Bayaran bagi setiap klik sangatlah tinggi, tapi risiko untuk kena tendang pun tinggi. Risiko untuk tidak dibayar pun tinggi. Apa-apapun, kalau aku risau soal risiko, aku takkan bergelumang dengan benda-benda nih semua. Kena yakin dan tidak ragu-ragu. Barulah aku boleh dapat apa yang aku mahukan.
Ps: Wokeh, mahu makan aiskrim drumstik lagi. Haus tekak aku nih..
1,638 total views, 1 views today
Ohhh banyak tuhhhh…bak sini sikit..hehe