1. Aku baru balik dari Johor ni. Lepas teman Pak Cu aku gi kenduri kahwin belah pengantin lelaki. Kiranya anak perempuan Pak Cu aku tu, pengantin perempuan. Pergi hari Rabu, bersiap apa yang patut. Khamis gi lawan Wan aku kejap, Jumaat petang..gi Pekan ambil orang, malam tu, terus drive rempit ke Machap. Lepak hostel, hari ini gi rumah kenduri..fuhh..3 hari yang sangat penat..
2. Tiga cek dah sampai. Cek dari Eonbank, 1 cek dari Nuffnang dan 1 cek dari Churpchurp.
3. Cek dari eonbank sebab ada baki kad kredit aku. Diorang kena bayar kat aku sebab aku tutup akaun kad kredit aku. Cukuplah, aku ada banyak kisah sedih dengan kad kredit aku yang satu tu..
4. Cek nuffnang, bayaran bulan April 2011. Alhamdulillah, tip top dari segi bayaran. 30 hari, mesti sampai punya ke peti surat rumah aku..
5. Cek Churpchurp, pun sampai dalam masa yang sama. Cuma agak lewat sikit. Tetapi tak apalah, janji depa bayar. INi cek ketiga dari Churpchurp. Thanks aa..
6. Cek dari Shareasale, hujung bulan ni agaknya baru sampai..
7. Says.my dah confirm. Aku akan terima duit dalam tempoh 2 minggu ini. Soal masa sahaja.
8. Bayaran ke 76 dari Tnx pun dah masuk. Bayaran dari TLA untuk bulan Mei 2011 pun dah masuk. Thanks..
9. Bayaran yang aku tunggu-tunggu. Bayaran komisen pertama dari YMads. Program baru yang aku jumpa sebulan yang lepas. Aku akan dapat bayaran kedua, ketiga dan keempat pada hujung bulan nih. Tak sabar menunggu, lebih dari 400 dollar tu..
10. Bayaran keenam dan ketujuh dari BlueAdvertise. Aku pelik sebab ramai yang kena ban. Aku harap aku tak kena ban dan aku akan siasat mengapa ramai blogger malaysia yang kena ban. Pelik gak dibuatnya..
Ps: Ok, aku tak larat nak update semua blog hari ini. Aku mahu rehat. Penat jadi dalam 2-3 hari ini. Alhamdulillah, semua ahli keluarga aku sampai dirumah masing-masing dengan baiknya.
1,479 total views, 1 views today