1. Kadang-kadang, bila aku rasa marah. Aku sukar nak luahkan. Aku tak suka gunakan perkataan-perkataan yang menyusahkan diri aku. Jadi, aku gunakan cara lain. Aku senyum dan gelakkan orang yang tak sedar tentang diri mereka. Sekurangnya aku tahu apa yang aku tahu. Jika orang itu tak sedar, dia harus belajar untuk lebih sedar tentang kemampuan dirinya. Jangan judge orang, tanpa tahu siapa orang itu.
2. Sedikit keseronokkan bila ujikaji yang kita lakukan agak berjaya. Jadi, aku tengah seronok. Beberapa ujikaji aku boleh dikatakan agak berjaya.
3. Bayaran dari program PPL Pegawaikerajaan.com telah pun aku terima. Aku gembira. Walaupun cuma mampu meraih tempat kedua sahaja. Memang susah aku nak potong orang yang mendahului tempat pertama sejak awal lagi. Kalau aku sempat, mesti aku boleh potong beliau. Apapun, tahniah pada beliau.

4. Bukan mudah nak buat duit dengan blog. Lebih-lebih lagi dengan gaya sendiri dan teknik yang kita develop sendiri. Susah, sukar, payah dan menyusahkan. Tapi ianya akan jadi manis, bila kejayaan itu berjaya dicapai.
5. Aku tahu dia hebat. Tapi perlukah dia merendahkan orang lain? Siap gelak lagi tu. Hebat sangat kah menjadi orang yang hebat?
Ps: Ada pertandingan mengira logo. Berminat untuk sertai?
2,058 total views, 1 views today
Hebat sangatkah menjadi orang yang hebat? Suka statement ni..
Hehe..emm kebanyakan orang hebat mmc tu lah..pandang pun mcm tak nak pandang jer…