1. Siapa yang tak pernah buat silap? Kita bukan malaikat. Kita bukan nabi. Jadi, janganlah kerek sangat mengaku diri tu baik sangat. Even ko penulis blog tersohor atau ramai yang gelarkan ko penulis blog terbaik di Malaysia, tak perlu nak kerek sangat. Dengar lagu kerek lagi bagus dari baca ko bangga sorang diri dalam blog ko tu. Ok, siapa terasa. Nasib korang..
2. Manusia memang tak lari dari buat silap. Aku juga buat silap. Kesilapan masa lalu mengajar aku banyak perkara. Tapi aku akui, aku insan biasa, lemah dan banyak berpura-pura. Demm. Aku tak nak nangis.
3. Aku pernah curang. Aku pernah tidak jujur. Aku pernah menipu. Aku curi hati-hati itu, dan aku hancurkan kesetiaan mereka. Aku robekkan kepercayaan mereka. Aku hancurkan taman-taman dalam hati itu. Kepada semua insan yang pernah mengasihi aku, aku minta maaf.
4. Ya, bergelar sebagai penulis blog banyak mengajar aku pelbagai perkara. Perkara baik dan perkara buruk. Bukan aku tak tahu dan bukan aku tak sedar, tapi ianya berlaku dalam sekelip mata. Bila ada orang gelarkan aku otai, gelarkan aku hebat. Ya, siapa yang tidak bangga. Tapi bukan itu yang aku pinta. Aku cuma mahukan kepuasan dan sedikit hasil dari tulisan aku. Aku menulis untuk buat duit. Jika tiada hasil, hilanglah mata pencarian aku. Jadi, aku akan terus menulis. Mencari sesuatu yang berbeza. Bukan sahaja cari duit. Tetapi mencari perbezaan yang berbeza.
5. Bila ada blogger atau penulis blog buat silap, tak perlu kita canang diblog kita. Bukan tak boleh, tapi kalau mahu canang betul-betul, biarlah lebih serius, lebih telus dan lebih direct. Tulis nama terus. Biar orang tu sedar dan perasan akan kesilapan mereka. Tapi penulis blog hari ini, tak boleh terima kritikan dan cacian. Semuanya berlagak besar kepala. Kalau besar betul, tak apa. Tapi kalau betul ko buat silap, susah sangat ke nak mengaku salah? Aku tak minta pun ko buat sumpah kat masjid kan?
6. Bila ada artis, gambar lamanya terkantoi kat blog hiburan yang popular. Senang aje nak tutup malu. Cakap aje itu gambar masa lalu. ohh, itu senang. Berlakon watak baik. Pijak semut tak mati. Tweet sahaja di Twitter. Setel masalah. Siap ada penulis blog bangga dia mahu mengaku salah dan tidak melatah. Dunia penulisan blog dan penulis twitter memang indah. Macam-macam ragamnya.
7. Dunia internet ini hanya lakonan sahaja. Tak semua yang mereka tulis dalam blog sama dengan diri mereka. Yang jujur tu ada. Tapi tidak ramai. Yang jahanam tu berbillion rasanya.
8. Aku seorang penulis blog yang jujur. Ahh, itu tipu. 🙂
9. Isu top blogger. Ini isu 4-5 tahun lepas. Takkan mahu kasi panas balik? Tak best. Dah suam.
10. Bukan aku tak suka penulis blog yang baru muncul macam cendawan selepas hujan. Mereka semua ada identiti yang menarik. Yang aku tak suka, yang berlagak tak tentu pasal. Bukan seorang dua. Ramai. Beribu angkanya. Kita tahu, angka dan nombor tidak menipu.
2,201 total views, 1 views today
Semua orang buat silap.. Terkadang kita lost dalam membuat percaturan hidup.. Silap percaturan, buruk padahnya.. Tak semua yang kita rasa terbaik untuk kita, adalah yang terbaik untuk orang lain.. Serupa juga, tak semua yang kita fikir terbaik untuk orang lain adalah yang terbaik untuk diri kita.. Argh! Apa aku merepek ni?!
Emm memang seronok baca artikel en titan..memang memberi kesedaran buat diri saya..terima kasih kerana memberi kesedaran..hehe