1. Niat pertama ketika aku menulis blog dulu adalah untuk cari duit. Masa aku kat UMS dulu, memang aku kesempitan wang. Jadi, nak tak nak, aku kena cari duit. Macam-macam kerja aku buat. Join MLM, jual berger, jual air, jual topup dan macam-macam. Selagi halal, selagi aku tak tipu orang, aku buat. Bila aku terbaca kat internet, dengan tulis blog pun boleh buat duit, aku tak pandang belakang. Aku pandang kiri, aku pandang kanan. Aku daftar kat blogspsot dan blogdrive. Aku tulis blog. Niat aku yang satu, aku nak cari duit.
2. Bila dah tulis blog. Aku rasa seronok. Pertama, aku dapat duit. Kedua, aku rasa aku perlu luahkan sesuatu dalam hati dan otak aku. Itu yang kekadang aku merepek bukan-bukan dalam blog.
3. Dan akibatnya, aku pernah putus cinta disebabkan oleh blog. Biasalah, jeles punya pasal. Perempuan, memang tak boleh terima hakikat kalau kita cerita pasal perempuan lain. Walaupun apa yang aku tulis tu aku reka sahaja. BIasalah, imaginasi penulis. Kekadang liar banyak sikit berbanding cerita sebenar. Tak apa. Aku reda.
4. Bila dah ada orang komen, dan dah ada orang hargai tulisan aku. Aku bangga. Kekadang unsur-unsur riak pun ada. Jadi, aku muhasabah diri. Jangan riak. Orang tak suka.
5. Setiap orang ada sebab menulis blog. Tak perlu kita selidik apa motif mereka buat blog. Cuma kekadang, aku bengkak juga kalau ada orang merapik bukan-bukan. Lagi pula kalau ada yang menipu pembaca mereka. Itu aku tak suka. Mak aku pun tak suka.
6. Aku tahu, hasil tulisan aku ni mungkin abah aku baca. Dia seorang guru bahasa melayu. Mesti dia bengang kekadang aku memanipulasi perkataan dan ayat-ayat dalam tulisan aku. Sori abah. Tak ada niat nak memperkecilkan bahasa melayu. Cuma kadang-kadang, perkataan yang aku lakarkan dalam tulisan aku, itulah yang sesuai untuk menggambarkan keadaan dan perasaan aku ketika itu.
7. Aku tahu, aku ada musuh. Kekadang, aku kenal mereka hanya melalui entri-entri mereka. Walaupun aku tak minta dimusuhi. Tapi itu mustahil. Ayat-ayat aku kadang-kadang menguris hati seseorang. Jika ada yang terasa, aku minta maaf.
8. Jadi sebab apa korang menulis blog. Aku tak mahu tahu. Aku tahu, korang ada sebab tersendiri. Betul? 😀
1,811 total views, 1 views today
Mula2 saja suka2.. Lama2 rasa seronok pulak.. Harapannya satu, agar anak cucu cicit dapat baca bila kita dah takde..
Emm sekarang mesti en titan dah selesa dengan apa yang diusahakan selama ini..tahniah untuk en titan yang hebat tak terkalah..haha