1. Aku dulu, bila tengok orang lain dok asrama, aku teringin sangat nak dok asrama. Masuk tingkatan 1, sekolah takde asrama. Tapi katanya nak buat asrama. 3 tahun menunggu, takde asrama. So, aku pun blah. Semua budak kelas pertama yang pandai dan genius blah cari sekolah asrama penuh. Termasuk aku.
2. Bila masuk asrama tingkatan 4. Memang celaka. Kena buli dengan tingkatan 5 masa malam orientasi. Hampeh..ada ke suruh aku nyanyi lagu pukul 3 pagi. Lepas tu, suruh ambil air satu baldi..gi tingkat paling atas kat asrama. Pastu..suruh aku cuci tandas dan tu juga..cisss dan demm.
3. Tapi, seronok gak bila kena ngorat dengan budak tingkatan 1 dan tingkatan 5. Beratus gak surat aku dapat. Siap bau bedak talkum kaler oren tu lagi. Ada gak budak perempuan bagi bunga. Gila kan? Bila kantoi awek ramai, satu hal pula nak pujuk. Dah la duit kopak. Aku bukan anak orang kaya. Jadi, bagi gula-gula dah cukup. Cukup bagi diorang senyum semula. Haha..

4. Masuk tingkatan 5. Aku buli balik. Haha..sama macam yang senior aku buat dulu.
5. Sekarang? Nak buli-buli kat asrama payah dahh. Sikit-sikit report mak bapak. Report polis. Polis pun bosan layan isu ini. Macam dah takde kerja lain pula diorang. Poyolah korang. Bukan aku belasah korang sorang-sorang pun. Jentik pun tak pernah.
6. Pelajar sekolah sekarang terlalu manja. Patut ramai yang buat perangai setan sekarang. Nak aje aku terajang sekor-sekor. Menyusahkan orang lebih banyak berbanding menggembirakan hati mak bapak.
7. Kalau diberi pilihan semula, aku tetap nak masuk asrama. Kalau boleh, masa dari darjah 1 lagi. Best apa dok asrama..
8. Dah habis asrama..aku bosan. Tak tahu nak buli sape dahh. Demm betullah.
2,119 total views, 1 views today
Dulu ada sorang ‘budak kecik’ selalu kena buli dengan encik Titan nih.. Ooopsss! Kantoi.. Kekekekee~~
Hahaha..agak ganas juga en titan satu masa dulu..haha