1. Aku ni jenis yang suka makan. Dulu, masa kecil. Kawan-kawan aku pelik. Aku kuat makan. Tapi badan tak gemuk-gemuk. Kurus keding kawan aku kata. Mungkin sebab aku kuat main bola, badminton, bola jaring dan segala bagai permainana..sebab tu metabolisma dalam badan aku berfungsi segenap urat..jadi..lemak susah nak beranak-pinak dalam badan aku. Jadi, aku tak gemok..
2. Kita ni patutnya bersyukur. Malaysia ni aku rasa dah macam syurga makanan. Macam-macam ada. Nak makan yang melayu punya ada, yang cina punya ada, yang india ada, yang perancis pun ada, yang arab ada..semua ada. Cakap aje, apa yang tak ada??
3. Kita patut terus bersyukur sebab ada orang dinegara mereka memang tak cukup makan. Nak makan pun kena catu. Sampai satu tahap, kena membunuh untuk dapatkan makanan. Aku tak mahu Malaysia jadi macam itu. Tak mahu. Tak mahu.
4. Kita beruntung dilahirkan di Malaysia. (Majoritinyalah..) Aku tahu ada juga yang kurang beruntung. Tapi percayalah, kita sebenarnya lebih beruntung. Mudah cari makanan. Bosan makanan ni, leh cari makanan lain. Kat negara-negara yang sibuk berperang..nak jumpa nasi ayam atau kerabu udang pun susah. Kalau dapat makanan dalam tin tu..dah macam makan stek lembu gred AAA yang harganya beratus ringgit tu..
5. Jadi..marilah belajar bersyukur dan sempena hari ini adalah hari pertama kita berpuasa. Janganlah korang buka puasa pula waktu tengah hari. Jangna gatal pula pergi kedai cari nasi beriani. Tak bagus tu. Kalau ada anak..jangan plak tidak ajar anak untuk berlatih berpuasa. Bermulalah dari awal. Senang dikemudian hari. Aku tak mahu nanti anak-anak buat gosip kat sekolah, “bapak saya tak puasa”. Tak MALU satu sekolah dibuatnya?
6. Selamat berpuasa! 😀
1,598 total views, 1 views today
Hehe..tak lama dah nak puasa..alhamdulillah syukur..hidup dalam penuh kenikmatan..hehe