Sebelum aku tidur, rasa cam nak karang sesuatu. Tulis apa-apa yang patut. Kalau korang sampai dan baca artikel ini, anggap aku saja aku sedang mengantuk dan mengarut. Haha.. 😀
1. Kalau aku nak online atau nak tulis artikel kat sini, aku kena tunggu waktu malam. Pukul 10 ke atas dan juga pada waktu sebelum subuh. Masa tu, memang line laju sikit berbanding waktu puncak. Kat sini majoritinya online menggunakan celcom broadband. Nak jumpa yang guna Maxis broadband atau Digi broadband, memang susah. Yang pakai streamyx pun boleh dikira dengan jari. Orang kat sini mungkin tak berapa suka online agaknya.
2. Bazar ramadan kat sini aku boleh bagi B+. Tak boleh bagi A. Sebab semuanya aku dah pernah jumpa kat mana-mana bazar atau pasar ramadhan sepanjang aku menyambut ramadhan sejak zaman aku kecil. Aku boleh katakan lebih kurang aje macam kat Banting. Tapi tak boleh lawan lagi kat Jerantut dan kawasan sekitarnya. Cukup dengan murtabak. Kalau ada yang sampai harga 8 ringgit. Itu maknanya memang murtabak itu sedap. Murtabak biasa, dalam RM2 hingga RM3. Boleh aku katakan banyak kentang berbanding daging. Kalau harga RM4 dan ke atas, barulah aku iktiraf murtabak itu sedap. Tapi setakat ini, memang harga murtabak yang mahal, memang sedap rasanya. Kalau harga bawah RM3.50, sori. Bukan aku tak suka, tapi tak memenuhi citarasa aku yang boleh aku katakan tinggi. Tapi kalau ada orang pelawa aku makan murtabak, aku tibai aje semua. Memang aku suka makan murtabak.
3. Tak ada orang jual murtabak sayur macam kat Sabah. Rasa rindu pula dengan murtabak sayur kat Sabah. Isinya cuma sayur sahaja. KObis biasanya jadi mangsa. Tapi banyak minyak. Itu yang aku kurang sangat makan murtabak ni masa study kat UMS dulu. Sekarang, rasa rindu pula. Mungkin aku boleh modified sikit murtabak tu kalau aku mahu buat cubaan liar memasak murtabak nanti.
4. Kat sini, aku kena tidur awal. Kursus start awal. Kul 8 dah mesti ada. Kalau tak, malu dengan orang lain. Tak apalah, bulan puasa ni aku akan cuba sahur dan tidak tidur selepas itu. Kalau aku tidur, mesti lajak ke kul 6.30 dan ke atas. Haha..biasalah dok sorang ni sama macam aku dok bujang dulu..
5. Mak aku kirim kari ayam. Tak larat habiskan semua. Jadi aku simpan bakinya untuk sahur nanti. Harap tak basi nanti.
6. Dah, aku dah mengantuk. Nak tidur.
2,636 total views, 2 views today
Kat mana jual murtabak sayur kat Sabah tu? Tak pernah makan pulak.. Murtabak meggie adelah masa tu..