Sebelum aku tidur, aku nak mengarut kejap. Haha..
kerja banyak, tapi rasa malas nak buat
pergi masak air, ingin rasa kopi pekat
hidup ni biarlah dapat berkat
jangan menyusah kaum keluarga yang jauh dan dekat.
Kadang-kadang, hati ni rasa tak sedap
nak kata gembira, tapi dalam hati sedih lagi tepat
beli nasi ambang tadi, tapi rasa tak sedap
geram dengan gelagat penjual, yang kejar untung bertingkat-tingkat.
pecah kaca, pecah gelas
bila dah baca, mesti kena balas?
Esok dah nak balik banting
kursus pula tak habis-habis..
hidup terkontang-kanting, badan terbanting-banting
kerja online dan blogging banyak tak habis-habis
sekian sudah seloka entah berapa kerat
hantam sajalah, diri ni takde bakat
bersandarkan pada kacak ajelah yang dapat
sekurangnya diri ni rasa hidupnya berkat.
Ps: Rasa dah mengantuk, jadi mahu tidur rapat-rapat. Huhu..
1,514 total views, 1 views today
Okey, bolehla dari langsung takde kerat.. Huhu~~