Betullah orang kata, tidur selepas asar atau zuhur nih tak berapa elok. Aku dah beberapa hari ini tertidur pada waktu begini. Mimpi pun semacam best. Kalau aku teruskan mimpi petang-petang ni, memang boleh jadi sasau aku dibuatnya. Yap, mimpi tu aneh sebab aku jarang dapat mimpi-mimpi macam tu. Ada semacam menyuruh untuk aku meneruskan mimpi tersebut. Tapi sebab aku belum asar lagi, aku bangun dan gi solat dulu. Bahaya betul. Aku rasa yang dok suruh aku sambung mimpi tadi tu adalah geng-geng bas sekolah syaitan tu. Tu sebab mimpi tu macam best semacam. Kalau tak kuat, memang boleh hanyut dibuatnya.
Jadi, nasihat aku pada korang, jangan jadi macam aku. Aku harap lepas ini itulah tidur petang yang terakhir untuk aku. Biarlah aku tidur malam aje lepas nih. Haha..
Secara jujurnya, aku agak penat 2-3 hari ini. Dah banyak hari aku berjaga malam gara-gara cuti seminggu raya ni. Jadi bila kita dah terbiasa, memang susah sikit nak cover semula bab-bab tidur nih. So, apa yang perlu kita lakukan adalah kawal semula waktu tidur kita agar tidak lari. Kalau tak, memang akan mengantuk pada waktu pagi dan tengah hari. Nak buat kerja pun susah.
Huhu…
Oklah, kalau sempat aku akan paparkan pemenang pertandingan Earncent Review 2011 malam ini atau pagi esok. Kalau tak sempat, tunggu saja lusa.
Ok. Babai. 😀
Ps: Cam lawa aje aku tengok Volkswagen ni.Teringat kat highway karak tu. Hoho..
7,373 total views, 1 views today
hai..haha
rasanya blog ni lagi menarik kut? cerah je mata membaca 😀
Emmm…haiii.. 😈
cerah? Ye ker? hehe..blog ni dah taruk spotlight. Tu terang benderang tu..
hahaha.. baru ketemu blog nye….
Dah lama tak tidur petang.. Kena buat sesuatu untuk alihkan rasa mengantuk waktu petang.. Contoh, berkebun ke.. Main ting ting ke.. Haha! Budak2 sekarang mana tau mainan2 epik cani..
meang tidur setelah asar tidak boleh