Hari ini, aku sibuk dan bakal menyibukkan diri. Jadi, tak banyak blog yang dapat aku update. Kalau sempat, sempatlah. Kalau tak sempat, bersyukur aje dengan artikel yang sudah aku setkan pada masanya. Inilah yang terpaksa aku lakukan kerana kekangan masa.
Aku memang jenis kena sibuk buat kerja. Kalau aku diam tak buat apa, mulalah hidup tak tentu arah. Mulalah nanti aku sibuk nak tidur tanpa buat apa-apa. Akibatnya, mak aku marah aku. Itu yang aku tak berapa gemar. Jadi, lebih baik aku sibukkan diri aku setiap hari. Ini juga melatih aku agar tidak membuang masa yang pastinya kita tidak boleh beli masa apatah lagi nyawa. Huhu..
Ok, ini bayaran terkini dari program TLA atau Text Link Ads. Tak banyak, tapi bolehlah untuk topup duit paypal aku yang makin sikit akibat renew domain-domain aku yang ada kat Godaddy. Berlambak. Tapi time nak bayar, time itulah duit paypal aku ciput. Huh.
Ini bayaran untuk jualan link di blog-blog aku.

Ini pula bayaran untuk komisen affiliate program yang aku join di TLA.

Apapun, aku syukur. Aku dapat. Ada orang tak dapat. Ada orang langsung tak lepas. Ada orang menyampah dengan program ini. Ada orang tak tahu langsung. Ada orang yang rugi. Ada orang yang lebih untung dari aku. Jadi, aku patut bersyukur dan terus bersederhana.
Ps: Aku ngantuk. Rasa mahu tidur kejap.
2,644 total views, 1 views today
haa.bersyukur.tau pun..aku pun tak pandai nak guna benda alah ni.. 😀
Haha..tak reti guna benda apanya??
Yup..bersederhana itu lebih baik..hehe..
alhamdulillah syukur…