Yap. 2-3 hari ini aku rehat. Tak kerja sebanyak minggu-minggu lepas. Yelah, takkan nak kerja aje kan. Mak aku pun dah bising sebab aku asyik kerja, kerja dan kerja. Jadi, aku rehat ajelah dan tak buat kerja yang berat-berat. Hari ini, mak abah aku dengan kakak aku gi berjalan ke Melaka. Jadi, aku tinggal sorang kat rumah. AKu dah jenis malas sangat nak berjalan. Biarlah diorang berjalan. Abah dan mak pun dah lama tak jalan-jalan. Dulu asyik kerja aje. Sekarang bila dah pencen, ada peluang nak jalan sana-sini, biarlah mereka berjalan. Duit banyak pun kalau tak dibelanjakan, bila nak habis kan? Duit mereka. Biarlah mereka guna sebaiknya. Bukan duit aku pun. Hoho..
Ada gak beberapa bayaran yang aku dapat dari program-program ini. Terima kasih kepada program-program ini yang kekal setia membayar aku setiap bulan sepanjang beberapa tahun ini. Memang jasa mereka takkan aku lupakan kerana bagi aku banyak duit selama ini.

Sejujurnya, aku banyak tidur sekarang. Itu yang agak terbengkalai sekejap kerja superblog aku ni. Ada beberapa blog yang aku kena push agar masuk level superblog. Nak capai level ultrablog masih lambat lagi. Masih banyak lagi yang perlu diubahsuai dan disegerakan. Aku harap aku akan dapat capai impian aku untuk memiliki 10 superblog dan 5 ultrablog yang setiapnya paling kurang pun bagi aku RM300-RM500 setiap bulan tanpa gagal. Sekarang ni, lom leh capai lagi dengan secara berkala.
Ps: Last, aku ngantuk. Mahu tidur. Selamat malam kepada semua insan-insan yang aku sayang. 🙂
2,549 total views, 1 views today
RM100 Homestay Melaka 3Bilik2Toilet+Aircond.0123736548/0136042525 @ http://jasinhomestay.blogspot.com
Wahhh besar harapan tuh..dan saya rasa En titan dan berjaya kor sekarang ni..hehe
Push jangan tak push!