Korang tahu apa tu Vlogger? Video + Blogger. Lebih kurang macam tu la. Golongan jenis ni akan buat video dan letak kat youtube untuk bagi orang tengok. Vlogger ni akan sampaikan apa-apa mesej. Tak kiralah mesej tu berguna ke, melawak ke, nak menghina ke, nak apa ke..diorang buat video. Tapi ada seorang mamat ni aku suka tonton video blogger. Beliau tak lain dan tak bukan adalah Mat Luthfi. Kelakar, jambu, bermesej dan kacak. Sebab tu ramai peminat beliau adalah orang perempuan dan gadis-gadis comel. Lelaki kacak pun mesti ada yang sangkut dengan mamat ni. Haha..
Ok, sila layan beberapa video beliau yang aku suka. Overall, kebanyakkan video beliau bermesej walaupun mesej beliau tu ada orang tak suka. Sekurangnya, kita boleh nampak dari sudut yang berbeza. Pendapat orang lain-lain. Tak semestinya kita kena terima apa yang Mat Lutfie kata, tapi sekurangnya benda ni boleh ajak kita berfikir sesuatu. Diluar kotak yang tak pernah kita terokai.
Rant On Lagu Cinta
Mama
Mari Merungut Malaysia
Rokok dan kopiah
Ok. Sila layan dan tonton. Tak suka. Tak apa. Gi layan cerita Ombak Rindu tu. Dengarnya ramai orang perempuan nangis. Orang lelaki, kompen tak nangis. Kalau nangis, aku tak tahu nak kata apa..
Ps: Peminat Happy Feet. 😀
1,574 total views, 1 views today