Haha..aku tengah plan satu lagi ebook yang berharga 7 ringgit. Mungkin ada orang kata ebook ni murah. Tapi ebook ni lebih kepada motivasi dan tips untuk buat duit dengan blog. Sejujurnya, ebook ni untuk golongan pertengahan dan otai. Sesuai untuk bacaan ketika down, ketika bosan, ketika dalam train, ketika dalam kapal terbang. Walaupun aku bukanlah pakar motivasi macam Dr. Fadzilah Kamsah atau motivator yang lain, tapi aku yakin kata-kata kacak dalam ebook tu boleh membantu sedikit sebanyak para blogger yang mahu buat duit dengan blog dalam tempoh 1 tahun.
Ya, kenapa aku kata 1 tahun. Jika plan rangkaan aku berkesan dalam tempoh 3 bulan, mengapa korang tak boleh lakukannya dalam 1 tahun. 1 tahun adalah tempoh yang panjang. Macam-macam boleh jadi. Bila aku lakukan plan strategi aku ni, dalam tempoh 3 bulan, aku mampu dapat lebih dari RM300. Mula-mula memanglah sikit. Bulan pertama dapat dalam rm50 aje..bulan kedua meningkat ke rm100..dan bulan-bulan seterusnya meningkat dalam beberapa ringgit. Tapi nampak tak disitu, berlaku peningkatan biarpun cuma beberapa ringgit sahaja. Maknanya, plan yang kita rancang sedang menjadi dan menuju ke arah yang lebih baik. Jadi, ini yang cuba aku sampaikan.
Jadi, aku mahu tulis dalam bentuk ebook agar ianya boleh korang baca dimana-mana sahaja. Jadikan, sebagai bahan bacaan wajib setiap hari. Yelah, setiap hari kita kena positif, kena bermotivasi dan tidak mudah putus asa. Namun, masih ramai yang berfikiran negatif dan gagal mencapai apa yang mereka impikan. Jadi, ini bukan bermakna mereka tidak kacak. Ini cuma bermakna jalan ke arah kekacakan itu masih belum tercapai. Insya-Allah, satu hari nanti akan berjaya.
Cukuplah celoteh pagi Sabtu nih. Aku tengah tulis ebook 7 ringgit ni. Tak mahal pun. Beli kalau mahu. Tak payah beli kalau tak mahu. Kalau rasa 7 ringgit tu agak mahal. Korang baca ajelah blog earncent tu hari-hari. Majoriti input dan isi ebook 7 ringgit tu, ada dalam blog aku tu. Semuanya berdasarkan pengalaman aku. Hehe..
Ps: Okehh. Nak makan nasi lemak. Babai..
![]()






aku menanti ebook rm7 ko ni.. 😀
haha..nantila. tak siap lagi. dah siap..aku bagitau. haha..sedia aje pengkeras 7 ringgit tu aje. haha..
wah murah betul ebook, saya mesti pilih ni, macam mana nak tahu bila nak launch, kalau tak terlepas pulak.
akan keluar kat earncent nanti. Tunggu aje. Tahun depan agaknya. Hehe..masih dalam draft lagi.
Emm murahnya..ada lagi tak?haha
murah!!! saya musti pilley!!!