Yap. Aku dah dapat duit dari program TNX. Aku request pada hari Jumaat. Hari Isnin ni baru dapat. Kiranya memang cepat diorang bayar sebab Sabtu Ahad memang diorang cuti. Ini salah satu sebab aku suka dengan program TNX ini walaupun makin hari, makin sikit tnx point yang berjaya aku kumpulkan setiap bulan. Sekarang ni, berjaya maintain dapat dalam 15000-25000 tnx point setiap bulan. Dah tak macam dulu. 50k-75k tnx point macam kacang aje. Aku harap, tahun 2012 ini aku akan berjaya capai 100 bayaran dari TNX seperti yang aku sasarkan pada tahun lepas. Memang susah. Tapi itu semua tidak mustahil, bukan?
Aku masih penat. Tapi aku kena buat buat satu job yang aku dah janji hari ini akan siap. Kalau tak siap, rasa macam tak best pula kan? Aku dah berjanji, kenalah buat. Duit pun dah ambil. Takkan tak nak siapkan on time pula. Apa pula perasaan customer bila tengok kerja yang diharapkan kita buat dengan baik, tetapi tidak siap-siap? Tak best kan? Tak best jadi lelaki kacak yang kelakar tetapi kerja malas nak buat. Hoho..
Ps: Ok. Time to settle all my pending job..
2,615 total views, 1 views today
Untunglah dapat TNX. Ada satu program tu, sebelum ni buat monthly withdrawal, sekarang kena tunggu cukup dapat USD5 baru boleh. Teruk jugak nak dapat USD5 kalau bulanan USD0.25 saja. Hehe.
Terpaksalah. Nak buat macam mana. Sekuranganya program tu bayar. hehe..
Wahhh dah kali ke seratus yer..hebat2..hehe