Ya, agak sedih sebab aku dah dapat bayaran terakhir dari program Adgitize. Tapi nak buat macam mana, mereka dah buat keputusan macam tu. Aku kena juga terima seadanya. Kalau aku bantah pun, tak ada maknanya. Itu duit diorang. Diorang yang bayar aku. Takkan aku nak memandai-mandai dan mogok baring atas jalan raya pula kan?

Bayaran yang aku dapat ni separuh dari earning aku. Diorang cuma akan bayar separuh untuk refund bagi mereka yang layak terima bayaran walaupun cuma kumpul 1 cent aje. Bayaran akan dibuat dalam bulan ini. Tapi rasanya, semua blogger dah dapat, kan? Teringat aku masa dapat bayaran pertama dari program Adgitize ni. Huhu..
Beginilah hakikat dunia buat duit dengan blog. Program buat duit saban hari akan ditutup jika mereka tak dapat kaun keuntungan yang besar. Jadi, buat apa mereka teruskan kalau mereka gagal buat duit. Lebih baik tutup, dari teruskan, bukan? Apapun terima kasih pada Adgitize kerana bayar aku selama ini.
Ps: Ada blogger yang pernah try program Adgitize ni?
2,461 total views, 1 views today
mantap bro..
fuuuh. aku baru first dgr benda alah ni. dah tutup dah?
Haiii banyak yang luar masuk ni..tak boleh jadi mcm ni..hehe