Akhirnya, sempat juga aku umumkan pemenang Pertandingan Pengalaman kena denda di Sekolah. Ingatkan tak sempat dah. Nak tak nak aku kena umumkan juga sebab dah terlalu lewat sangat nih. Huh..tahniah kepada 15 blogger kacak yang menang dalam pertandingan tersebut.
Aku penat. Serius, aku sakit. Tapi dah ke arah yang lebih baik. Memang betul orang kata, bila kita sakit nak buat kerja pun susah. Bila hamstring aku tertarik dan lebam. Memang satu kerja dibuatnya. Macam ada bala menimpa. Macam ada gigi semut yang tertinggal dan masih menggigit dibahagian hamstring tu. Gerak sikit sakit, nak solat pun sakit, nak lari lagilah. Terbeban dibuatnya. Tapi aku tahu semua ini ada hikmahnya. Ada sebab dan ada jalan yang lebih baik untuk aku. Aku faham dan aku terima seadanya ujian ini.
Insya-Allah akan ada contest baru diblog aku yang kacak tu. Tunggu sahaja selepas aku selesai buat post-moterm dan perah kepala untuk siri pertandingan yang akan datang. Berikan aku masa.
Ps: Penat. Tapi aku sedikit puas hati. Melunaskan apa yang terhutang.
1,730 total views, 1 views today
hi hi…apa2 pun tq titan..ops..tiba2 plak..haha
aku tak faham. haha..