Rasanya ada beberapa hari gak blog ni down disebabkan karenah birokrasi Hostgator. Ini kali pertama aku kena macam ni sepanjang aku bersama Hostgator. Tapi memang silap aku dari awal. Jadi, tak boleh nak kata apa sangat. Aku terima seadanya dan buat apa yang patut.
Ok. Aku malas nak cerita banyak. Sekarang, dalam masa 7 hari ni aku tengah fokus untuk promosikan ebook TipsPTD.com untuk dapatkan sebanyak mana sales yang boleh. Baru aje aku setat 2-3 hari, dah dapat 4 sales. Kira oklah tu. Lagipun, aku baru aje buat 2 artikel. La ni..baru nak karang lagi 2-3 artikel dan aku harap dalam tempoh 7 hari ini, aku boleh dapat 10 sales. Aku tak target tinggi kali ini sebab aku tak bersungguh sangat sebenarnya. Dapat 10 sales, dah cukup kacak rasanya. Kalau dapat lebih, terlebih kacak sudah tu.
Apapun, bagi mereka yang mencari tips, panduan mahupun soalan bocor tentang Peperiksaan Juruaudit W41 kat sini, boleh terus klik link dibawah ini dan dapatkan ebook tersebut. Ebook tersebut akan bantu sedikit sebanyak korang menjawab soalan-soalan dalam peperiksaan Juruaudit tersebut. Ebook yang sama ini juga membantu ribuan orang dalam peperiksaan SPA sebelum ini. Tak percaya tak apa. Tapi sejujurnya, memang bagus panduan ini. Ramai yang dah berjaya. Apahal aku mahu tipu plak kan?
Dapatkan disini: Tips dan Panduan Peperiksaan Juruaudit W41
Cabaran SEO Lelaki Kacak 2012 – Update baru
1. Aku berjaya dapatkan 1 set buku kisah Jimi kat sekolahnya yang bertajuk Raksasa Misai di Sekolah dan Akibat Jambul Alif dari penulis buku Contengconteng untuk dijadikan sebagai hadiah tempat pertama untuk cabaran kali ini. Terima kasih Fadhli Hamdan!
2. Hadiah sudah melebihi angka 1 ribu ringgit. Dan pemenang tempat pertam akan ambil separuh dari jumlah keseluruhan dari wang tunai yang berjaya dikumpul oleh para sponsor. RM500. Itu habuan untuk pemenang tempat pertama Cabaran SEO Lelaki kacak. Banyak kan?
3. Aku agak penat. Insya-Allah, aku akan update benda ni kat blog lelaki kacak aku tu dari masa ke semasa. Banyak benda yang kena uruskan.Maklumlah..aku memang malas. Jadi, memang banyak kerja yang sepatutnya siap awal tapi aku tangguh-tangguhkan. Jangan jadi macam aku tau. Hoho..
Ps: Dah, penat. Babai..
1,933 total views, 1 views today