Aku sibuk. aku cuma ada 12 jam untuk menghadapai peperiksaan esok. Kalau korang tanya exam apa yang aku kena hadap esok, aku malas beritahu. Pepandailah korang geledah blog aku satu lagi tu. Dah lama aku tak study dan pegang buku. Tak pasal-pasal aku kena rajin study pula. Semata-mata nak dapatkan satu benda. Haha..
Akhirnya, blog ni UP balik. Nampaknya aku kena buat sesuatu dengan Hostgator. Kena semak balik semua blog yang ada dibawah kendalian Hostgator nih. Kalau tak, bergelap lagi. Kalau bergelap, bermakna income aku akan berkurangan. Nasib baik blog-blog aku diletakkan dalam pelbagai hosting yang berbeza. Kalau tak, sayur dibuatnya.
Tahniah pada Team Hoki Malaysia. Berjaya menang dengan Pakistan 2-1 dan menjadi juara selepas lebih 20 tahun gagal mencapainya. Memang aku nampak perubahan ketara dalam skuad hoki kita. Aku harap jadi juara lagi pada masa yang akan datang. Jangan riak dan sombong. Harap barisan pelapis yang ada ni akan kekal kacak sampai bila-bila.
Kepada Manchester City. Tahniah kerana menjadi Juara EPL 2012. Bukan senang tu. Bersaing rapat dengan Manchester United. Kepada Cardiff City. Welcome to the party. Kepada QPR, tahniah kerana tidak masuk kembali ke divisyen dua. Ada dua dah pasukan yang dibiayai oleh orang Malaysia. Tak ke bangga kita dibuatnya?
Oklah. Aku nak sambung study. Saje je menaip. Kasi blog ni hidup balik. Hoho..
Ps: Lapar. Lapar..
2,492 total views, 1 views today
sempat lagi study tue update blog ni..huhu
Jangan malas2 la 🙂
Ingat apa tadi…..