Malam yang agak bosan. Tapi sekurangnya malam ini ada perlawanan akhir antara Kelantan dan Sime Darby. Dah habis dah. Kelantan menang. 1 gol. Itupun dengan tendangan penalti. Tapi kiranya rezeki Kelantan gak la. Sime Darby pun patut leh dapat penalti sebab kena tangan. Tapi bukan rezeki mereka bila pengadil tak berapa nampak. Jadi, Kelantan menang. Bagi aku, memang patut Kelantan menang. Dari awal sehingga habis, bola asyik kat kaki pemain Kelantan aje. Sampai bosan aku. Tak melawan sangat. Entahlah. Itulah bola sepak. Macam-macam boleh jadi kat atas padang..
Apapun, hari ini aku nak beritahu sejarah aku mula makan cendol dalam hidup aku. Haha, benda macam ini pun nak cerita ke? La..aku punya pasallah. Korang tak suka baca, boleh pangkah blog ini dan baca blog gadis-gadis comel atau cari blog lain untuk download video-video 3gp gadis melayu. Blog aku ni tak sedia link download tu semua. Blog aku ni blog bosan. Blog syok sendiri. Haha..
1. Abah aku orang pertama yang memperkenalkan cendol dalam hidup aku. Kalau abah aku tak bawa aku makan cendol, sampai bila-bila aku tak kenal apa itu cendol.
2. Cendol itu sedap.
3. Cendol juga boleh menyebabkan anda ketagih. Tapi ketagihan cendol lebih baik berbanding ketagih menghisap dadah atau ketagih menonton cerita biru.
4. Mengapa cendol itu sedap? Sebab korang ada lidah. Lidah korang berfungsi dan memberi signal pada otak untuk memilih bahawa cendol itu rasanya manis. Bila manis. Mesti sedap. Jadi, cendol adalah sedap.
5. Harga cendol murah. Dulu, harga dalam 50 sen aje. Pastu, naik ke 70 sen. Pastu sekarang..terus ke seringgit. Dan harga ni tak naik dah sampai tahun ini. Kira ok dah tu. Janji masih rasa sedap.
6. Minum cendol adalah salah satu nikmat dunia yang patut korang cuba. Minum cendol tak sama nilai atau darjah kesedapannya meminum teh o ais ataupun milo kosong. Cendol ada tarafnya yang berbeza berbanding minuman-minuman di Malaysia.
7. Cendol-cendol di Banting antara yang tersedap di dunia. Jadi, jika turun Banting. Sila cari kedai cendol. Kalau tak jumpa, call aku. Aku belanja korang makan cendol.
8. Siapa yang makan cendol, nescaya akan jadi lebih kacak dari Justin Bieber – Titan.
Ps: Ok. Cukup dah cerita cendol dari aku. Layankan aje perangai gila aku ni. Haha..
6,521 total views, 1 views today
Ini cendol ahmad albab yang punyoo~~
titan n cendol mmg x dapat dipisahkan sejak kecil lagi haha
cendol pulut favourite kawan 😀
Patutlah awak komen kat blog saya cakap pasal cendol banting. Nak pegi Banting jauh la. Saya duduk KL. Kenderaan tak ada pula tu.
masa sekolah dulu, cendol atau abc memang wajib aku tapau sebelum balik rumah.
Nak tanya. Kalau order utk kenduri kahwin berapa 1 mangkok.
pas sekali jika diminum di saat cuaca panas ….lepas semua rasa dahaga …..
Cendol banting memang sedap woo