Ok. Dah tak boleh malas-malas. Dah kena buat sesuatu untuk projek 2013 ni. Kena susun strategi, kena tulis ebook, kena jual ebook..kena plan..kena pasang lebih banyak umpan dan kena rajin tulis artikel. Pendek kata, kena rajin sebab tahun 2012 dah tinggal separuh. Tak kiralah aku hidup lagi atau tidak pada tahun 2013, tapi aku kena kerja macam aku akan mati esok hari. Sekurangnya, kalau aku mati esok..aku ada harta yang boleh aku bagi kat waris-waris aku. Biarlah aku hidup susah tapi mereka tidak sesusah macam mana aku hidup.
Ya, aku tahu aku banyak menyusahkan orang. Banyak sakitkan hati orang dan tak kurang juga lebih ramai yang sakitkan hati aku. Itu belum campur yang sakit hati bila aku tiap-tiap hari minta hutang yang perlu mereka bayar. Apa? Salahkah aku minta hutang? Korang dah pandai pinjam. Tak mahu pula bayar?? Tapi kalau duit yang korang gunakan itu untuk bayar hutang PTPTN korang tu..aku kira boleh terima lagi. Tapi kalau duit yang ko dapat tiap-tiap bulan tu..1 sen pun tak nak bagi aku sebaliknya pergi joli sana-sini dan belanja awek-awek korang tu..memang hati sape tak bengkak kan? Jadi, sila bayar hutang aku. Aku nak makan cendol jagung.
Apapun..aku cuba untuk rajin update kat sini setiap hari walaupun mungkin aku tak rajin update kat blog cendol aku satu lagi tu. Bukan apa..tekanan banyak kat sana. Kat sini sikit aje. Bukan ramai pun dengar atau baca aku merepek-kepek kat sini. Betul tak? Haha..
Ok. Jumpa esok.
Ps: Sedap plak ketam semalam tu. Huhu..
4,366 total views, 1 views today
hoi hoi hoi…tak nak kongsi plan ke??ekekekekekeke
ooo…ni mmg plan bagus ni…moga semuanya clear and clean =)
Macam pelan besar je bunyi tu..
akak suka baca entri mengarut ET. Awat ang suka naw ngan cendol ek?
sama plak taste kita… ekekeke
Pergghhh.. related post bawak aku kepada kisah 5 tahun lepas…
Hahaha…
Aku bila nampak or fikir cendol automatik ingat kat ko..
Demm.