Em..
Aku rasa aku kena ubah sesuatu. Aku kena lebih berusaha untuk capai apa yang orang rasa aku tak boleh capai. Jika dulu, aku berjaya buktikannya. Aku kena buktikannya sekali lagi. Mungkin bukan sekali, tapi berkali-kali. Aku dah penat bila ada orang pandang rendah pada orang lain padahal diri mereka tidaklah sehebat mana. Cukup-cukuplah merendahkan orang lain walhal diri sendiri masih bermasalah.
HIdup ni sementara. Samada aku mati esok atau lusa. Aku tak tahu. Sebab itu aku berusaha keras untuk capai apa yang aku mahu. Kalau tak tercapai sekalipun apa yang aku inginkan, tak apa.
Sekurangnya, aku dah berusaha.
Kalau aku gagal lagi sekali, tak apa.
Aku dah berusaha. Jangan aku tak buat apa-apa langsung. Ini lebih memedihkan.
Yang pasti, hidup mesti diteruskan. Ya.
Tak kiralah samada aku cuba menang cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati ataupun, cuba untuk memenangi hati seorang gadis. Aku mesti berusaha. Sekurangnya, aku belajar sesuatu dan boleh kongsikan sesuatu dengan orang lain.
Aku harap, aku berjaya capai apa yang aku usahakan. Insya-Allah. 😀
Ps: Manusia sentiasa lemah. Tapi setidaknya, berusahalah untuk jadi kuat.
1,719 total views, 1 views today