1. Baca peraturan dan undang-undang. Ya. Syarat contest atau pertandingan pun kena baca. Kena baca betul-betul. Sebab aku malas baca banyak kali. Sekali atau dua kali. Itu dah lebih dari cukup. Tak faham. Tanya. Jangan malu sangat. Ko malu. Ko kalah. Padahal ko patut menang. Ko yang bodoh. Ko yang rugi.
2. Biasanya aku tunggu dan tinjau keadaan dulu. Kalau contest tu jenis review. Biasanya 2,3 hari terakhir baru aku buat. Sebab aku memang jenis malas buat awal-awal. Idea mantap memang biasanya akan datang pada saat-saat terakhir. Jangan tiru aku. Sebab belum tentu korang menang pun kalau tiru cara aku. Sila jadi diri sendiri.
3. Aku CUMA akan sertai contest kalau aku rasa nak menang atau rasa BOLEH menang atau rasa macam kena menang, atau rasa memang akan menang.
4. Tapi aku juga akan sertai contest untuk support member blogger yang lain. Untuk memeriahkan suasana. Sebab ada orang buat contest untuk penjenamaan semula. Untuk rapatkahn uhkwah. Untuk bentuk semula silaturahim. Untuk tujuan promosikan diri. Jadi, sebab blog aku yang satu lagi tu, ramai gak selalu masuk dan baca..aku akan tolong promosi. Sebagai duta cendol tak rasmi dari Banting, apalah salahnya tolong kawan-kawan, kan?
5. Contest jenis kena LAWAN jumlah like, jumlah tweet, jumlah G campur dan sebagainya. Memang susah untuk aku join. Sebab memang 99% aku takkan menang sebab benda ini boleh dimanipulasikan dengan mudah.
6. Kalau korang blogger popular dan mempunyai pengaruh, korang cukup sesuai untuk menyertai contest jenis NAK undi atau like-like ini. Serius, kacang sangat boleh menang. Nak main jahat pun boleh sebab ramai juga yang siap mintak kawan-kawan blogger lain untuk undi mereka. Paksa pun ada. Merayu pun ada. Aku tak layan contest jenis begini. Korang nak kata aku berlagak ke apa. Aku pedulik apa. Ini bukan mainan aku. Bukan apa yang aku mahir.
7. Contest SEO hanya aku akan sertai jika aku berminat. Maksud berminat ada banyak. Minat nak menang, minat nak belajar, minat nak tolong kawan. Aku takkan join dengan bersungguh-sungguh kalau minat aku nak menang itu sudah luntur. Maksudnya, kalau aku tengok jumlah tweet, jumlah like dan jumlah G campur sesebuah blog tu melampau-lampau banyaknya, itu petanda awal untuk aku mengaku kalah sejak awal lagi.
8. Untuk menang Contest SEO, korang hanya perlu ada blog yang ada banyak Like dari Facebook, banyak G campur dari Google, banyak retweet dari Twitter, ada blog yang usianya LAMA, ada pagerank sekurangnya PR3 ke atas. Ayat pun, kalau korang tulis mengarut dan bodoh-bodoh aje pun, boleh menang. Dan yang penting, ada keinginan dan keyakinan diri yang gagah perkasa untuk menang. Kalau tak yakin, hang boleh berambus dari Contest macam ini. Buang masa aje join.
9. Aku ada kebarangkalian untuk kalah dalam Contest jenis review jika owner dan juri tak sukakan aku atau mungkin juga kerana TAK NAK bagi aku menang walaupun sepatutnya aku layak. Dah kena beberapa kali. So, aku sabarkan ajelah. Cuma next contest, memang aku takkan join lagilah. Sebahagian besar contest jenis ini..memang aku menang 95% dari semua penyertaan aku. Kalau tak dapat tempat pertama atau tempat kedua..hadiah tempat lain pun aku rembat gak. Tapi biasanya memang ada habuan..
10. Bila ada orang tiru cara aku untuk menang. Aku tak marah. Korang memang peniru yang berjaya. Cuma, agak-agaklah. Dah tiru tu..ubah sikitlah style tu. Ini bila aku baca, sebijik gaya aku. Tak rasa malu ke??
11. Ada orang tak suka bila aku join contest. Weh, aku cuma manusia biasa. Tak semestinya aku join contest, aku aje yang akan sapu semua hadiah. Ada masa aku kalah juga. Aku bukan terer pun. Aku macam korang juga. Cintakan nasi dan sambal belacan.
12. Tips short-cut untuk menang contest. Pekena semangkuk cendol petang tu. Malam tu, idea datang mencurah-curah sampai habis baldi nak tampung. Ok. Itu mengarut. Untuk menang, tak ada jalan mudah. Usaha kena secara berterusan.
13. Contest SEO blog popular, cukup sukar untuk dimenangi. Contest SEO 3 Blog Pilihan Terbaik pun cukup sukar. Inikan pula Contest SEO 2012 TahunKu yang Kacak. Aku join 3 contest ni. Peluang nak menang memanglah melebih separuh. Tapi bila tengok ada blog yang lebih banyak mempunyai elemen kemenangan yang aku tulis diatas tadi. Hati aku berbelah bahagi. Nak usaha lagi ke tidak?
14. Serius, nak menang sesebuah contest ni, susah sebenarnya. Sekali korang menang, berpuluh atau beratus atau mungkin beribu orang berpotensi untuk jadi musuh baru korang.
15. Melalui contest, promosi untuk diri sendiri atau pihak penganjur serta penaja akan bermula. Kalau penganjur bijak, memang ketiga-tiga pihak ini akan dapat promosi yang sangat berkesan.
16. Pada tahun 2012, Contest SEO Lelaki Kacak menjadi kebangkitan semula contest jenis SEO dikalangan blogger-blogger tempatan. Ya, Aku yang buat. Tak. Takk. Aku tak riak. Aku tak untung dari segi wang tunai. Aku cuma untung dari segi backlink sahaja. Aku yang lebih banyak keluar duit berbanding orang lain dan penaja.
17. Selepas itu, lebih banyak contest-contest muncul. Yang ketara, adalah Contest SEO sebab majoriti para blogger TAHU, contest jenis ini berpotensi untuk dapat banyak trafik, boleh promosikan blog sendiri dan jalan short-cut untuk jadi popular. Ya. Aku setuju. Sebab itu aku buat dulu benda ni semua. Haha..
18.Pihak yang paling licik selepas penganjur adalah para penaja.
19. Pihak ketiga yang paling licik adalah pemenang tempat pertama atau pemenang utama dalam setiap pertandingan. Jangan tanya aku kenapa. Yang pasti, setiap orang ada senjata rahsia yang sampai mati pun takkan kongsi dengan sesiapa pun.
2,762 total views, 1 views today
nape entry ni lg best dr blog 1 lg plk..hehe..
ciktom plg xsuka contest yg no 5 tue..
mmg konpem kalah dr awal..
menarik info ni.. tq
Bila nak buat contest lagi ni?
bro aku rindu nasi lemak sotong banting la.. ble la bleh dtg lg hahahaha… xde kene mengena ngan post ko hahaha
Paling tak suka contest no 5.
Kita sebagai Penganjur,kita yang paling power.
Ini PENAJA lebih-lebih nak like sana-sini
Adoi, menyirap je rasa.
Sabar sabar. 🙂