Kredit to blog popular dari sudut pendidikan.
1. Ada banyak definisi blog popular. Setiap orang ada definisi, maksud, terjemahan dan pendapat masing-masing. Aku tak sangsi dalam hal itu. Jadi, sila hormat pendapat orang lain.
2. Blog popular bukan satu senjata untuk korang hentam penulis blog yang popular itu. Aku tahu dia ada blog popular. Perlukah korang hentam kerana dia menulis apa yang dia suka? Tapi kalau blog itu tulis benda mengarut, blog itu mencaci Islam, blog itu menghina agama ko, blog itu menghina keluarga, mak, abah dan ahli keluarga ko, maka WAJIBlah ko mempertahankannya.
3. Blog popular ada banyak maksud. Bagi aku, blog popular ada banyak kategori. Salah satunya adalah blog popular yang serupa macam blog yang menempelkan banyak berita-berita panas tanah air. Aku takde hal dengan blog jenis macam ini. Tapi PERLU memilih. Blog artis yang yang keterlaluan isunya, tak perlulah nak tempel juga. Ada batasannya.
4. Blog popular lebih kepada blog untuk buat duit. Ya, kalau tak popular, kalau tak ramai orang tahu, kalau tak ramai orang datang, kalau tak ramai orang suka. Blog tu takkan jadi popular. Tengok saja dari jumlah komen. Blog yang popular, of course ada banyak komen. Tak perlu sangat tengok jumlah hit atau impression. Tengok komen dah cukup.
5. Blog popular biasanya ada fan mereka sendiri Ada penyokong kipas susah mati mereka. Ada fan yang membenci mereka. Itu hakikat yang perlu diterima oleh penulis blog popular. Mereka suka atau tidak. Mereka kena terima hakikat. Apa yang mereka tulis, sangat bermakna untuk pembaca mereka.
6 Blog popular biasanya dipelopori oleh orang lelaki. Tak perlulah gadis-gadis atau makcik-makcik nak bangkang. Itu hakikatnya. Yang selalu diatas pun, selalunya lelaki. Yang jadi pemimpin pun, orang lelaki. Yang bijak berhujah pun, orang lelaki. Yang bijak bermain dengan kata-kata pun, orang lelaki. Yang memimpin negara pun, orang lelaki. Aku kurang setuju bahawa sebuah negara wajar dipimpin oleh golongan wanita. Aku kurang setuju. 100%. Orang perempuan, tak fikir secara dalam seperti orang lelaki. Korang perempuan kalau tak setuju, jangan kahwin dengan orang lelaki. Sebaik sahaja korang ada keinginan untuk berkahwin atau bercouple, korang dah iktiraf bahawa lelaki itulah yang akan jadi pemimpin rumah tangga korang. Apa kes nak marah-marah?
7. Blog popular selalunya ditulis oleh blog lelaki yang rajin.
8. Blog popular yang ditulis oleh orang perempuan, SELALUnya ada ramai blogger lelaki yang melawat mereka. Lebih-lebih lagi kalau perempuan itu gedik, suka pakai tudung pelik-pelik ataupun makcik-makcik yang gila glemer. Aku tak kata semua. Tapi selalunya begitu. Tak percaya? Sila google.
9. Blog popular..apsal nak sangat blog korang jadi popular?
10. Blog popular hanya popular bila korang hidup. Korang mati, blog korang dah tak popular 10 tahun yang akan datang. Tak percaya? Ko padam blog ko sekarang. 10 tahun ko pergi mana-mana blog yang korang pernah komen. Korang tanya..ingat tak lagi saya..si xuperxoox tu? Percayalah. Dia lupa. Kalau dia ingat, dia adalah blogger yang mempunyai ingatan yang sangat mantap. Sesuai untuk hapal semua juzuk dalam Al-Quran dan hadis.
11. 3 jenis blog yang popular di Malaysia. Blog hiburan, blog buat duit dan blog pendidikan. Ini niche utama. Tapi biasanya, 3 jenis blog ada ciri tambahan. Ciri-ciri personal yang tak terkalah.
Ps: Aku boleh cerita dan berhujah 1001 macam hujah dan cara untuk isu blog popular ni. Jangan paksa aku tulis aje kalau korang tak suka. Sila terima hakikat.
2,215 total views, 2 views today
Assalamualaikum…..
Salam sejahtera……saudara ahmadfaizal!
Hebat juga ya anda, kedudukan entri anda berada. semoga terus kekal dan berjaya dlm pertandingan ini. Saya pun turut serta.
Apakata lawati pula blog saya pula di :
http://www.sensasi2020.com/2012/11/bertapa-sukarnya-menjadikan-entri-kita.html
TQ. Wassalam….
Dah klik semua button yg ada, semoga anda juga dapat mengklik di button di entri saya pula. TQ.Pertanding secara sihat.
Banyak jugak definisi blog ni.
Teruja baca penulisan Cikgu Titan ni. 🙂