Blog popular tahun 2012.
1. Aku rasa dah banyak blog jadi blog popular pada tahun 2012 ini.
2. Aku juga rasa ramai yang declare blog diorang dah jadi blog popular. Perkara pertama untuk mempunyai blog popular, korang sendiri mesti rasa yang blog korang dah jadi blog popular.
3. Salah satu cara nak ada blog popular, korang boleh jadi blogger popular.
4. Nak jadi blogger popular. Tak susah. Ada pelbagai cara. Cuma usaha kena lebih. Usaha kena berterusan. Dan keyakinan itu mesti tidak terkalah berbanding blogger popular yang lain. Lepas itu, blog korang akan jadi blog popular. Kalau tak percaya, sila cuba.
5. Ada sesetengah blog aku berjaya jadi popular walaupun aku ni bukannya blogger popular.
6. Ya. Tak semestinya blogger tu kena jadi blogger popular untuk ada blog popular. Even penjual cendol pun boleh ada blog popular kalau tahu caranya.
7. Blog paling popular tahun 2012 jatuh kepada..
8. Korang isi sendiri jawapanya. Agak-agak blog popular mana yang paling popular? Berdasarkan apa? Sebab apa? Bagi aku tiga sebab. Boleh?
9. Untuk mempunyai blog popular, korang mesti ada strategi. Untuk menghasilkan strategi yang tidak terkalah, korang mesti ada pendekatan yang berbeza, kaedah yang mantap, teknik yang berkesan dan pemakanan yang sihat. In sha Allah..untuk ada blog popular dan menjadi blogger popular pada masa yang sama, itu tidak menjadi satu perkara yang mustahil.
10. Blog popular dan blogger popular, juga boleh diiktiraf oleh orang lain. Kalau ada badak sumbu melayari internet dan membaca blog, kalau diorang iktiraf blog korang popular, korang ada hak untuk bergembira dan mengadakan kenduri doa selamat selama 3 hari berturut-turut.
11. Tapi kalau korang sendiri tak rasa blog korang tu blog popular. Memang sah sangat hang tak popular.
12. Jadi, sila yakin pada diri sendiri.
13. Atau, korang boleh yakin pada aku. Sebab aku rasa blog-blog aku memang popular belaka.
14. 2012 tahunku yang kacak tidak bermakna kalau blog yang aku sekarang bukan blog popular. Aku bersyukur ada blog aku yang jadi blog popular dan dikunjungi lebih dari 1000 orang setiap hari.
15. Korang suka atau tak suka, once blog korang dah jadi blog popular, korang tak boleh halang orang lain kata blog korang tak popular. Terima hakikat, blog korang memang dah jadi blog popular. Jangan rendah diri sangat walaupun diri korang memang ketot belaka.
16. Sebanyak 2730 juta carian hanya untuk keyword “blog popular“. Ajaib bukan?
1,561 total views, 1 views today