1. Ya. Aku menyertai contest baru yang pakcik Denaihati anjurkan. Sejujurnya, ini antara contest paling susah untuk aku menang.
2. Kenapa aku kata susah? Lagi susah dari contest 3 Blog Pilihan Terbaik pula tu. Walaupun tugasan pertama aku lalui dengan mudah. Tapi tugasan kedua iPhone 5 Gadget Impian ini agak perit dan memang agak mustahil untuk blog aku lakukan. Untuk mendapatkan G campur sebanyak yang aku mampu, itu mungkin boleh aku usahakan. Tapi nak masuk balik ke muka surat pertama search engine, itu satu perkara yang mustahil aku lakukan dengan blog Earncent. Blog itu banyak cacat-celanya. Terlalu banyak elemen kekalahan yang pasti menyukarkan aku untuk menang. Ya..walaupun aku tahu ianya tidak mustahil. Tapi ada benda yang mustahil, tetap mustahil terjadi walaupun apa cara kita lakukan..
3. Bagi aku, siapa yang menang, memang licik. Pakej licik yang aku maksudkan adalah, beliau adalah blogger yang bijak, kreatif, rajin berusaha dan tahu apa yang perlu dilakukan untuk memenangi pertandingan ini. Yang menang pertandingan ini, memang bukan sebarangan blogger. Percayalah, siapa yang menang, memang dia bijak dan blognya sudah ada ciri-ciri atau elemen kemenangan yang tidak terkalah.
4. Kalau tak silap, 85 orang blogger termasuk aku yang berjaya lepas tugasan pertama. Sekarang, tugasan kedua pula dah keluar.
5. Tarikh tutup pula adalah 24 Disember 2012. So, lebih kurang ada dekat sebulan lagi sebelum ianya berakhir. Walaupun aku tahu susah..tapi ianya masih tak mustahil untuk dilakukan.
6. Korang nak aku menang, tolong klik G campur kat blog earncent aku ni. Kat bahagian bawah sekali selepas artikel >> Gi klik kalau rajin.
7. Terima kasih juga kepada Denaihati kerana bayar komisen Equrban yang aku peroleh ni tadi. Baru perasan duit dah masuk. Walaupun tak banyak. Tapi kira bolehlah. Haha..
8. Ada sesiapa yang mahu aku menang contest iPhone 5 Gadget Impian ni? Bolehlah aku ganti handset lama aku tu. Korang pun dah tahap benci tengok handset aku tu pun kan? Haha..
1,439 total views, 1 views today
aiseh.. komisen equrban saya lom masuk lagi la