Ya. Aku sempat tonton rancangan MaharajaLawak Mega 2012 malam tadi.
1. Aku tak sempat tengok persembahan Jozan. Tapi aku rasa diorang punya persembahan menarik. Kan? Nanti aku tengok kat Youtube kalau ada yang upload.
2. Boboi tidak mengecewakan. Lawak selamba. Walaupun cara dan gaya diorang SAMA aje macam dulu. Tapi bagi aku itu dah mencukupi untuk buat aku ketawa. Mesej dengan keyword “Gaza” masih kekal dalam minggu ini. Walaupun Nabil masuk lambat..tapi tetap kelakar. Terutamanya ketika sembang dengan Wulan. Wulan serba-salah dibuatnya.
3. Sepah? Tak ada. Baik Sepah atau Sepah Two. Dua-dua tak ada yang terlibat dalam MaharajaLawak Mega kali ini. Tapi klon mereka iaitu Shiro tidak mengecewakan. Bagi aku, persembahan mereka paling terbaik yang aku tatap malam ini selepas Boboi. Dengan menggunakan drama Tanah Kubur. Itu sahaja sudah cukup berjaya mengeletek ketiak aku.
4. Kena saman walaupun dah mati. Kenapa? Sebab bela jentik-jentik dalam paru-paru. Demmlah. Memang punch line terbaik malam ini.
5. Sabon. Gabungan Sathia dan Abon. Tak berapa jadi. Sathia laju sangat. Abon pula slow gila. Abon mungkin lambat panas seperti persembahan dulu-dulu.
6. Say Who. Atau Saehu. Bagi aku, diorang antara pelakon yang agak berjaya bagi peserta luar berbanding peserta luar yang lain.
7. Yang lain, aku tak sempat tonton.
8. Ini aje yang dapat aku ulas. Yang lain, aku tak sempat. Sibuk bungkus kerepek untuk jajan-jajan budak-budak esok dan lusa sempena perkahwinan kaklong aku.
9. Kumpulan Balas. Walaupun agak “baik” malam tadi. Tapi tetap persembahan yang bagus dan kelakar untuk beberapa babak.
10. Lisa Surihani tetap comel walaupun dah berkahwin.
1,147 total views, 1 views today