1. Ya. Memang aku panas hati dan kecewa apabila Malaysia cuma sekadar seri bila lawan dengan Bangladesh hari ini. 20 November 2012.
2. Walaupun cuma perlawanan persahabatan atau perlawanan memanaskan badan sebelum bermulanya Piala Suzuki AFF, tapi seri dengan Bangladesh..memang satu keputusan yang mengecewakan.
3. Cuma aku tetap gembira sikit apabila kita tidak kalah. Kalau kalah, ini memang satu keputusan yang memalukan. Aku tahu, tahap kita bukan setakat ini. Kita adalah pasukan Juara. Takkan satu perlawanan persahabatan dari empat perlawanan tak ada yang menang?
4. Kita seri dengan Hong Kong. Hari ini seri lagi dengan Bangladesh. Sebelum tu, kalah dengan Vietnam dan Thailand. Last, dengan Singapura kalau tak silap. Aku harapkan kemenangan untuk kebangkitan moral dikalangan peminat dan juga pemain bola sepak negara. Harap ada berita baik selepas ini.
5. Memang mungkin sukar untuk kita melangkah ke Piala Dunia nanti. Tapi ianya tidak mustahil untuk dilakukan jika pemain kita boleh buat sesuatu dalam masa yang terdekat ini. Pemain kita bukan tak terer macam Korea dan Jepun. Terer. Tapi entahlah..masih ada banyak perkara perlu dilakukan.
6. K.Rajagopal, aku harap dia akan ada strategi yang ampuh untuk menundukkan pasukan-pasukan lawan nanti. Aku harapkan keajaiban yang sama berlaku seperti dalam Piala Suzuki dan Sukan SEA dan Sukan Asia sebelum ini. Aku harap yang terbaik. Tak menang pun takpe. Janji masuk ke final.
7. Geng-geng peminat kipas susah mati pasukan negara seperti aku, gandakan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada mereka. Biarpun mereka jatuh, kita perlu berada dibelakang mereka dan menyokong mereka untuk bangkit dan terus berjuang. Siapa lagi yang nak sokong mereka kalau bukan kita?
8. Tak perlu nak caci atau hina pemain dan jurulatih. Mereka dah buat sebaik mungkin. Bukan apa, ini juga salah satu faktor yang boleh menjatuhkan semangat pemain dan jurulatih kita secara langsung dan tidak langsung.
9. Negara kita bukan takde sejarah bola sepak yang hebat. Ada. Tapi semuanya dari kita. Memang zaman dulu tak sama dengan zaman sekarang, tapi percaya atau tidak. Sejarah selalu berulang. Tak mustahil sejarah bola sepak negara kita akan berulang. Sila percaya. Dengan sepenuh hati.
10. Safee Sali. Aku harap dia boleh score dan mendapat assist yang berguna dan cantik untuk membantu beliau menjaringkan gol. Setakat ini, dia sorang sahajalah aku tengok berani langgar dan terjah pemain pertahanan dan penjaga gol pihak lawan sampai tergolek. Bukan salah dia. Dah memang badan dia sasa. Body contact sikit pun..pemain pertahanan terjatuh. Baik tak payah jadi pemain pertahanan kalau sentuh sikit dah tergolek. Lepas tu, marah Safee Sali plak. Hangpa tu yang lemah badan sangat..
11. Apek. Salah satu penjaga gol Malaysia yang boleh aku sandarkan untuk menjaga gawang gol Malaysia. Tolong ye Apek. Jangan kasi bolos lagi lepas ni. Biarpun silap pemain pertahanan ke apa..tolong pertahankan gawang gol kita. Aku dah tak dapat nak tolong. Aku tolong doa dan bagi semangat aje.
12. Aku rabun. Jadi, tak sesuai nak wakil negara main bola sepak. Tapi kalau setakat liga amatur atau perlawanan biasa-biasa..aku selalu score gol untuk pasukan aku. Kalau aku main defend atau jadi penjaga gol, memang jarang bolos. Deria ke 6 dan ke 7 aku memang hidup kalau bersukan. Sebab tu ramai kawan aku kata aku terer. All Rounder. Semua sukan aku boleh main dengan kacak. Ya. Aku tahu, korang tak percaya.
13. Kalau takde aral..aku nak jadi jurulatih bola sepak. Insya-Allah. Kalau ada rezeki, nak jadi jurulatih bola sepak negara.
14. Maaf. Jika korang sampai sini untuk cari video jaringan gol antara Malaysia vs Bangladesh. Aku tak kongsikan disini. Sila cari di Sokernet.com
1,611 total views, 1 views today