1. Wawasan 2020 dah nak dekat. Lagi 8 tahun 1 bulan setengah aje lagi. Jadi, untuk misi 2020, kurang sesuai. Aku anjakkan lagi 10 tahun agar misi ini lebih realisasi dan aku berkemampuan untuk melaksanakannya. Itupun kalau aku panjang umur dan telah mempunyai 4 orang bini yang comel yang menyayangi diri aku. Tapi aku tahu, 2012 – Tahunku yang paling kacak. Tahun yang banyak memberi makna bagi aku sebagai seorang blogger tempatan.
2. Misi terdekat. Misi 3 tahun. Sudah pastinya menyelarasakan kesemua blog aku dalam satu syarikat yang aku akan tubuhkan. Bila? Dalam 3 tahun itu. Walaupun mungkin bertentangan dengan kerja tetap aku, tapi aku akan usahakan. Kalau tak dapat bergerak secara syarikat, tumpang syarikat lain pun boleh. Kalau masih tak mampu, aku gerak secara bersendirian. Tapi dalam satu kumpulan kecil, itu lebih bermakna.
3. Mahu ada satu kumpulan kecil yang aku tubuhkan untuk menghasilkan sekurangnya 5 blog super power yang mampu membawa aliran tunai dan menjadikan semua ahli kumpulan aku mampu hidup dengan sederhana dengan hasil blog kami. Aku tahu susah. Tapi tak mustahil. Nak cari seorang blogger yang mampu bekerjasama dengan kita. Susah. Semua orang ada komitmen. Semua orang ada kekangan dan semua orang tidak semestinya rajin. Tapi sekali lagi, itu tidak mustahil.
4. Menjadikan blog aku yang niche personal ini satu wacana atau suara untuk berkarya. Ya, blog ini akan aku gerakkan berbeza berbanding sebelum ini. Memang susah. Tapi aku sudah ada misi yang aku perlu capai dalam masa terdekat ini.
5. Misi 2 bulan aku sebelum tahun 2012 sedang berjalan. Harap tercapai. Ini misi jangka super pendek.
6. Berhenti kerja sebelum aku cecah 35 tahun. Ya. Satu angka yang muda. Dan tak sukar untuk dicapai. Jika aku berjaya, siapa yang datang Banting dan mahu jumpa aku, aku belanja semangkuk cendol. Mangkuk kedua, korang bayar sendiri.
7. Tak ada perkataan mustahil dalam hidup aku. Perkataan itu boleh dipatahkan dengan usaha yang berterusan dan keyakinan yang super jitu. Tapi agak-agaklah..mustahil lelaki boleh mengandung melainkan korang injek banyak-banyak hormon hestrogen dan hormon gadis-gadis comel. Ya. Itu tidak mustahil. Tapi secara hakikinya, tak sesuai lelaki mengandung. Biarlah perempuan yang tanggung keistimewaan tu. Aku tak nak mengandung. Aku nak buat orang perempuan mengandung. Itu satu senaman yang sangat istimewa untuk setiap malam.
8. Siapa kata aku riak dan sombong. Maknanya korang tak nak aku belanja korang makan cendol.
9. Misi lain..mempromosikan bandar Banting ke mata dunia. Kalau boleh, buat satu report tentang keindahan Bandar Banting walaupun aku tahu isu sampah-sarap masih menjadi isu yang paling aku tak suka berbicara. Tunggu aku jadi ketua kampung kat Banting nih.
10. Ada nak buat satu blog untuk Banting. Kalau boleh. Tak cukup blog lelaki kacak aku tu. Mesti ada blog khas. Baru boleh jadi duta Banting yang terkacak dan paling gagah perkasa. Rasanya duit komisen dari hasil tayang iklan HzTours ni dah nak cukup beli domain baru.
11. Misi dalam 3 tahun. Aku nak cari bini pertama aku. Insya-Allah. 🙂
Ps: Hidup bandar Banting!
3,323 total views, 1 views today
smoga misi tercapai ye sifu!
berhenti keje sebelum usia 35tahun… erm konfius aku, moga tercapai..2030 umur ko bape time tu
aku x mau cendol.. nak nasi lemak sotong banting satu hahaha
All the best!
Awak anak Cikgu Abi Kan..??