1. Dalam perlawanan persahabatan, kita kalah dengan dua kali dan seri pun dua kali.
2. Pusingan pertama dalam saingan Piala Suzuki AFF 2012, kita kalah pula dengan Singapura. Sudah jatuh, bertimpa-timpa tangga kena hempuk. 3 gol kosong pulak tu.
3. Masa ni, baik Safee atau NorShahrul atau Apex, semua kena kutuk.
4. Termasuklah pemain-pemain Harimau Malaya yang lain.
5. Sampai ada yang sanggup berbogel dan telanjang jika Malaysia menang dengan Laos dan Indonesia. Bodoh benar.
6. K.Rajagopal pun tak kurang kena kutuk dan caci segenap alam.
7. Tapi bila Harimau Malaya MENANG besar dengan Laos (4-1). Dan kita menang pula dengan Indonesia (2-0), K.Rajagopal dan para pemain dijulang kembali.
8. Cuma harap tak julang tinggi-tinggi.
9. Kita akan jumpa Gajah pada 9 Disember 2012 ni. Kalau gajah pun kita tak boleh tumbangkan, bagaimana nak hadap pula dengan Singapura?
10. Jadi, aku pohon seluruh rakyat Malaysia yang ada duit lebih, turun dan beli tiket hari sabtu ini dan penuhkan stadium.
11. Siapa yang tak dapat tiket, tontonlah dirumah atau tonton TV1 untuk siaran langsung. Kita mesti sokong mereka. Siapa lagi yang nak sokong kalau bukan kita??
12. Baca rekod pertemuan Malaysia vs Thailand dalam kejohanan Tiger Cup, AFF Suzuki Cup dan Sea Games dari 1996 hingga 2012. Sila baca sekarang. Boleh?
4,681 total views, 1 views today
jangan takut pada skuad gajah.. ayuh harimau baham gajah.. malaysia boleh!