1. Dah pukul 1 pagi lebih ni. Gua patutnya dah tidur tadi. Tapi tiba-tiba gua dah tergerak nak baca blog popular tanah air iaitu blog Denaihati. Jadi, gua pun bacalah dengan penuh minat. Rupa-rupanya tugasan ketiga untuk contest iPhone 5 gadget impian dah diberikan.
2. Sekali, kena main vote-vote pulak.
3. Benda vote-vote ni, gua lemah sikit. Gua tak pandai nak minta ehsan orang untuk vote gua. Jadi, gua serahkan pada lu orang untuk undi sesiapa yang lu rasa lu patut undi.
4. Kalau lu rasa blog tu bagus, artikel dia bagus..lu patut undi mereka. Lu tak undi blog gua pun, gua tak marah. Undi pada mereka yang lu rasa blog mereka bagi. Kalau lu undi mereka dengan sebab lain. Gua tak kesah. Itu hak lu.
5. Gua skeptikal sikit bab-bab undi ni. Sebab boleh dimanipulasikan. Hatta contest dan pertandingan besar-besar pun orang boleh manipulasi, inikan pula contest nak menang iPhone 5 aje.
6. Ya. Gua tahu, ada orang kata gua kerek, gua sombong, gua poyo. Gua tak kesah. Itu hak lu. Bukannya lu pernah jumpa gua pun. Berapa kerat aje pernah jumpa gua face to face. Dan kebanyakkannya, suka dengan gua. Lu tak pernah jumpa gua, lu berani decide gua kerek? Apa kes?
7. Ya. Bab adil ni susah bila melibatkan kemenangan. Jadi, lu suka atau tidak, sila terima hakikat. Dunia contest dan pertandingan, memang macam ini.
8. Dah, cukup. Gua nak tidur.
9. Kalau lu tak tahu macam mana nak undi blog gua tu. Lu klik kat sini >> Lu ada 1 minit untuk undi gua.
10. Gua rasa tahun 2012 memang tahun yang kacak bagi gua. Gua menang banyak contest, gua anjurkan Contest SEO Lelaki kacak dengan cemerlang dan gua berjaya capai beberapa misi gua yang dah lama gua rancang. Alhamdulillah.
1,836 total views, 1 views today