Aku tak berapa pasti, bayaran yang aku dapat kali ini adalah dari KOMLI ataupun Innity. Tapi bila aku login akaun Innity aku, tak ada dibahagian history. Jadi, aku syak ini adalah bayaran yang aku dapat dari KOMLI. Walaupun bezanya agak kurang sedikit, tapi kalau ianya benar dari KOMLI, aku bersyukur. Sekurangnya, aku dibayar.
Tips buat duit dengan KOMLI
Untuk buat duit dari KOMLI, trafik memainkan peranan penting. KOMLI sentiasa hantar email dan beritahu yang aku dapat iklan dari pelbagai jenis syarikat. Pendek kata, syarikat besar-besar juga seperti Celcom, Maybank, Digi dan banyak lagi. Secara mudah, banyaklah syarikat yang guna KOMLI dalam mempromosikan produk mereka.
Apapun, aku berterima kasih kepada KOMLI kerana buka peluang untuk blogger seperti aku untuk berpeluang buat duit melalui blog-blog aku. Walaupun mungkin tidak banyak yang aku terima tapi jumlah macam ini sudah cukup untuk menggembirakan hati blogger picisan seperti aku. Biarlah aku bukan blogger popular atau aku bukan blogger terkenal seperti yang korang semua claim itu. Tetapi cukuplah aku kenal aku blogger yang jenis macam mana.
Ya, aku suka buat duit dengan blog. Sama seperti prinsip asas aku ketika menulis blog. Tulis untuk dapatkan duit. Bukan untuk jadi popular ataupun untuk suka-suka hati sahaja. Hidup ini mesti bermatlamat, mesti ada prinsip dan mesti ada tujuan. Tak guna kita buat sesuatu benda hanya dengan tujuan suka-suka. Hasilnya pasti tak seberapa.
Bukti Bayaran dari KOMLI – Proof payment from KOMLI

3,385 total views, 1 views today
15 Jan itu iniity bos, aku pon dapat masa tu
eh komli bukan bayar in USD ke? hehe
in before, starting 1 Feb komli dah stop hantar email sebaliknya hanya update di bahagian dashboard publisher saja.. so tak banyak dah spam dari diorang pasni.. hehe
rezeki dari blog tu bro..tahniah~
🙂
Tahniah.
Moga makin deras lagi rezeki kurniaan Allah. 🙂
Perghhhh banyak tu..saya pernah mohon komli tapi mungkin masa tu traffic kurang kot pada blog..sebab tu senyap sunyi jer tak ada respon..emm nak cuba gak lain kali..hehe
Masih belum kena bayar oleh en.komli walhal dah lama layak..huhu