Jujurnya, aku tak pernah jumpa pun Fatin Liyana ni. Bersua muka, berjumpa, berbual atau berborak. Semua tak pernah. Tapi aku akui, aku pernah baca blog dia. Apa yang aku mampu tulis pasal dia..
1. Siapa sebenarnya Fatin Liyana ni? Bagi aku, dia ada apa yang cukup untuk jadi blogger terkenal. Ya, dan sekarang, dia dah jadi blogger terkenal. Nak jadi blogger terkenal atau blogger popular. Ada 2 cara paling mudah. Ko jadi terkenal dan tulis blog. Keduanya, ko tulis blog dan kemudiannya ko usaha untuk jadi terkenal. Tapi aku rasa Fatin Liyana, dia jadi terkenal kerana anugerah yang Allah bagi kat dia.
2. Anugerah yang Allah bagi kat dia. Pertama, mestilah kecantikannya. Kedua, perangainya. Ketiga, dia ada “jiwa” ketika menulis blog. Maksudnya, apa yang dia tulis ada daya tarikan tersendiri. Tak macam orang lain yang dok copy dan paste aje. Dia tulis apa yang dia rasa. Keempat, jujur. Ya, gua rasa dia jujur. Sekurangnya, gua dapat rasa perasaan tu bila dia tulis dalam artikel diblognya itu.

3. Dan biasanya bila orang-orang perempuan yang ada anugerah macam Fatin Liyana miliki ni, bila-bila masa boleh jadi terkenal lagi-lagi kalau dia tulis blog. Dalam dunia menulis blog, bila perempuan tu dah terkenal. Pertamanya, blogger lain akan suka kat dia. Dan dari promosi mulut ke mulut dan blog ke blog..sampai satu tahap akan masuk ke TV dan juga surat khabar. Tapi sebelum masuk TV dan surat khabar, diorang akan kena lamar untuk jadi model.
4. Jadi, semuanya bermula dengan jadi model sambilan. Begitu juga dengan Fatin Liyana, Hazanis, Fatin Suhana dan blogger perempuan yang lain. Syarat utama untuk jadi model, mesti cantik. Comel, kiut, menawan dan apa-apa perkataan yang sama waktu dengannya. Jika korang tak cantik, jangan mimpi nak masuk surat khabar, TV dan apa sekalipun termasuklah jadi model melainkan korang ada anugerah unik yang lain YANG mampu tarik perhatian orang lain untuk ketengahkan korang sebagai seseorang yang popular.
5. Pakej Fatin Liyana ni cukup padu. Susah korang untuk kata tidak. Baik penangkap gambar, keyboard writer, nerd author atau crazy webmaster tetap akan berusaha untuk dapatkan tempias dari Fatin Liyana ni. Simply, bila dia dah keluar public macam ni, mungkin orang akan kata dia dah jadi harta awam. Maksudnya, apa dia buat, apa yang dia cerita, apa yang dia cadangkan, apa yang dia cakap..kebarangkalian untuk orang lain ikut adalah sangat tinggi. Dan dia sangat berpotensi untuk jadi promoter atau duta yang berjaya untuk mana-mana produk yang dia sentuh. Tak percaya? Tanya sahaja mana-mana syarikat yang hendak buat iklan, siapa yang berani tolak Fatin Liyana dalam iklan mereka? Ya, mungkin ada. Tapi aku yakin, cuma sedikit sahaja yang menolak.
6. Lain-lain. Yang aku kagum pasal Fatin Liyana ni, dia bijak. Bukan bodoh. Dia ada akal. Dia ada otak yang berfungsi dan dia tahu cara nak atasi apa-apa masalah yang mungkin dia sedang atau bakal dia hadapi. Aku tahu, ramai juga yang benci dia. Tapi seramai orang yang benci dia, aku yakin lagi ramai yang suka dan sayangkan dia. Betul, kan? Sudah-sudahlah korang benci dia. Dia tak kacau korang pun.

7. Ya. Dia ada buat mistake. Aku tak nafikan. Tapi semua manusia termasuk aku kat Bumi ni, ada buat salah. Jika dia ada buat salah. Fikirlah positif. Hari ini mungkin hari dia. Hari esok, tak mustahil hari kita. Jadi, apa masalahnya sebenarnya?
8. Fatin Liyana Asri ini bakal jadi seorang doktor. Aku yakin, kalau dia bukak klinik swasta. Pasti ramai pesakit lelaki akan melawat dan minta cuti sakit. Haha..tak. Aku yakin, biarpun dia jadi doktor atau apa sekalipun, dia akan jujur dan amanah dengan kerja dia.
9. Ya. Dia juga salah seorang penulis blog yang bijak dan pandai menulis advertorial yang dia dapat dari mana-mana syarikat yang ditawarkan. Boleh agak mana satu artikel advertorial dan mana satu bukan. Itupun kalau korang tahulah.
10. Tetapi, kalau nak bandingkan dari segi kecomelan. Aku rasa Hazanis lagi comel. Fatin Liyana lebih kepada cantik dan feminin. Hoho!

19,621 total views, 2 views today
die mmg omeeeyyy 🙄 🙄 🙄
Hai.. done singgah d sini.. sudi2 lea follow mine back yea.. =) tQ.. senyum selalu.. =)
http://tengkubutang.blogspot.com/
blogger yang rupa paras cantik dan kacak boleh menjadikan mereka sangat-sangat popular dalam industri blogging ahaks
Semuanya fakta menarik dan betul tentang Fatin Liyana. follower setia FL sentiasa disini. Tak sangka + terkezusss kerana dalam entri ini terselit nama hazanis. Alamak. rasa tak logik la pulak. Btw tq ahmad faizal kerana entri ni. seuanya lengkap tentng FL.<3
Dua2 cantik, comel, manis.. Pendek kata memang sedap mata memandang.. Bertuah badan..
Dah la tak nak layan artikel ni lebih2..kan susah pulak..apa-apa pun dia ni memang cukup pakejnya..haha
wahh..ini fatin liyana plak..
mana satu awek bro nih??
😛 ckp je la lu minat ktdie
ni nk wat 10 fakta plak
haha
fuh, nasib baik gua dah kahwin 🙂
Fatin Liyana sampai sekarang pun kepopulerannya tidak berkurang
sya pon suka gaya penulisan FL