Pantai Morib. Ya, bagi aku ianya satu kenangan yang tidak dapat aku lupakan. Mengapa? Apa yang istimewanya tentang Pantai Morib yang dekat dengan Banting ni? Apa yang membuatkannya aku rasa bangga dengan Banting dan juga pantai Morib?
Ya, pasti ada tanda tanyanya. Bagi aku, ianya satu kenangan yang istimewa. Yang tidak terkalah. Dan yang mengujakan, ramai orang sanggup datang ke sini untuk mengetahui keistimewaannya.

Mandi di Pantai Morib.
Ya, ini salah satu sebab aku sukakan pantai Morib. Dari kecil lagi abah aku suka bawa kami adik beradik ke sini. Inilah “sunway lagoon” kami bagi penduduk Banting dan kawasan sekitarnya. Nak bawa ke sana, jauh. Jadi, inilah yang terbaik dan kini, menjadi impian ramai penduduk Malaysia untuk hadir ke sini.
Sotong Bakar Morib.
Dari dulu hingga kini, pasti ada sotong bakar Morib. Aku tak tahu adakah ownernya sama dengan yang sekarang. Tapi sejak aku kecil sehinggalah saat ini. Masih ada lagi sotong bakar Morib ini. Di Banting ni, memang takkan jumpa kedai yang jual benda ni dan jika mahu makan, nak tak nak kena datang ke Pantai Morib ini. Dulu, cuma guna gerai sahaja. Sekarang, siap ada kedai khas dan ada meja dan kerusi. Boleh duduk dan lepak. Sistem baru di Pantai Morib kini lebih moden dan memudahkan pengunjung seperti aku.
** Cukup DUA sebab mengapa korang harus datang ke Pantai Morib, Banting ini. Aku tak perlu 1001 sebab. Dua sebab ini dah terlebih dari cukup.
Ps: Saje promosi pantai Morib. Biar korang gila nak datang sini. Haha..
4,321 total views, 2 views today







Emm tak pernah sampai lagi kat sini..nanti ada rezeki ad ala tu nak merasa sotong best tu..hehe