Sejujurnya, aku banyak kerja.
Tapi, aku tak dapat nak buat kerja bila line internet terlalu lambat. Mungkin ada masalah dengan line internet, mungkin juga modem yang aku beli dekat 4 tahun lepas itu dah bermasalah atau mungkin ada masalah yang tak dapat aku nyatakan disini kerana memang aku tak tahu. Benda diluar pengetahuan ni, memang susah kita nak faham sebenarnya.
Jadi, secara keseluruhannya, aku tak dapat buat kerja.
Nak taip artikel ini pun, kena tunggu dekat 30 minit untuk refresh keseluruhannya. Aku ada 3 job review yang aku kena sudahkan sebelum hari Isnin. Nampaknya macam dah tergendala.
Aku cuba taip satu dulu dan aku akan email balik kepada client aku untuk minta maaf. Untuk tangguhkan kerja atau pulangkan semula duit mereka. Penting bila kita berbuat demikian untuk jaga hubungan kita dengan client. Jika mereka nak duit semula, aku tak ada hal. Kita boleh berurusan lain kali.
Bila aku tulis review, biasanya aku akan tulis masa itu juga. Aku beri diri aku biasanya 1 jam untuk tulis review dan 1 jam untuk baca dan kaji apa yang patut. Jadi, officially untuk 2 jam, aku caj RM50 untuk satu-satu ulasan atau review. Bagi aku, itu harga yang sangat murah. Sebab kalau advertiser luar, aku caj minimum 100-300 dollar untuk satu review yang memang akan biasanya tembus ke search engine samada muka surat pertama atau muka surat kedua dan kebanyakkan mampu menghasilkan jualan. Mungkin lambat, mungkin cepat. Tapi biasanya, itu yang terjadi sebab biasanya semua review itu akan keluar kat facebook, twitter, linkedin dan beberapa web social yang lain. Normalnya. Kalau aku rajin, aku offer tambahan seperti promosi 3-5 kali link kat facebook dan blast kat beberapa tempat lain yang aku ada. Itu kiranya khidmat masyarakat yang aku berikan untuk bantu artikel yang aku tulis dipercayai disearch engine.
TAPI..
Ada juga artikel yang aku tulis terpelanting dan tak berada dalam kedudukan yang baik disearch engine. Ini bermakna, apa yang aku cuba buat, mungkin tak berjaya. Mungkin juga kerana banyak persaingan atau keyword yang aku gunakan telah dikawal dan dikuasai oleh website atau blog lain dengan lebih berjaya berbanding yang aku lakukan. Jadi, banyak kerja perlu dilakukan oleh client aku sendiri untuk pastikan artikel itu lebih berjaya dengan bantuan promosi dan artikel sokongan yang lain. Means, client aku juga kena pandai-pandai jaga artikel itu dan juga buat sesuatu untuk backup artikel aku itu.
Jujur.
Tak ada kerja yang mudah didunia ni. Baik menulis ulasan atau review. Ataupun membasuh tandas di KLIA. Semuanya ada tahap kesusahan masing-masing. Yang penting, kita kena terus berusaha.
Ps: Kalau sempat, aku tulis review itu. Itupun kalau line internet sangat mengizinkan.
1,660 total views, 2 views today