Latihan Litar
Latihan litar ialah salah satu daripada kaedah latihan yang selalu digunakan untuk menguji kecergasan fizikal. Latihan ini telah diperkenalkan oleh R.E.Morgan dan G.T.Adamson pada tahun 1953 di Universiti of Leeds, England.
Latihan litar merupakan latihan yang melibatkan stesyen-stesyen tertentu dan dilakukan dalam jangkamasa yang telah ditetapkan. Satu litar telah dilakukan jika pelaku telah melakukan semua aktiviti. Latihan ini adalah latihan di mana peserta melakukan beberapa aktiviti secara bersiri atau dalam satu litar. Jumlah aktiviti yang dipilih adalah di antara 8 hingga 12 yang mana melibatkan otot-otot yang berlainan.
Objektif latihan
- Meningkatkan daya tahan otot
- Meningkat dan melatih keupayaan anaerobik dan aerobik.
- Meningkatkan kederasan, ketangkasan dan kelembutan
- Membina daya tahan kardiovascular
Rasional
- Latihan berasaskan prinsip lebihan beban
- Tidak memerlukan alatan dan ruang yang banyak
- Jangka latihan singkat
- Aktiviti boleh dipelbagaikan mengikut kesesuaian
- Memberi kebebasan kepada individu berlatih mengikut kemampuannya
- Keputusan cepat diperolehi.
Prinsip Latihan
- Aktiviti yang dipilih bersesuaian dengan objektif
- Kaedah perlakuan mestilah betul dan diselaraskan
- Aktiviti disusun supaya tidak bebankan kumpulan otot yang sama
- Peserta melakukan aktiviti secara berterusan
Aktiviti latihan litar (contoh)
- Tekan tubi
- Bangun tubi
- Lari ulang alik
- Burpee
- Skipping
- Lompat selang seli (alternate split jump)
- Jack knife
- Angkat kaki
Langkah-langkah keselamatan
Sebelum menjalankan sebarang latihan kecergasan, perlulah diambil perhatian supaya atlit kita sentiasa dalam keadaan selamat dan boleh menjalani aktiviti secara berterusan.
- Aktiviti tidak menyakitkan.
- Pergerakan sendi hingga ke tahap maksima.
- Alatan atau tempat latihan hendaklah selamat digunakan.
- Pakaian sesuai.
- Ulangan adalah munasabah dan dalam kemampuan peserta.
- Intensiti yang terlalu berat akan mendatangkan masalah kepada pernafasan.
Latihan litar sudah mula diperkenalkan disekolah-sekolah. Jadi, aku harap lebih ramai cikgu pendidikan jasmani yang terapkan latihan ini ketika melatih pemain sekolah dan juga perkenalkan ketika dalam kelas PJ. Jangan dah masuk sekolah menengah, langsung diorang tak tahu apa-apa. Kesian kat budak-budak kita. Sebab tu, asas atlet sukan kita ramai yang ke laut. Bab asas aje dah hancur..belum cerita bab teknik lagi..
Ps: Apapun, aku selalu gak buat latihan litar ni. Seminggu ada sekali atau dua kali. Bagus untuk kesihatan dan juga untuk jantung. Jantung kita ni kan nak pakai lama. 🙂
5,641 total views, 2 views today
Boleh cuba gak kat rumah ni..hehe..bersama isteri kan lagi seronok..hehe