Ya, aku akan mula bercuti hari ini.
Banyak kerja yang mesti aku siapkan. Banyak juga kerja online yang aku kena lakukan.
Kerja mengemaskan blog-blog yang aku ada harus dilaksana. Jadual dah ada. Tinggal follow sahaja agar aku tidak terlepas untuk lakukan semuanya. Termasuklah buat penjagaan agar kes terkena hack tidak berulang kembali.
Cuti ini, tak macam cuti. Tak boleh nak rilek sangat. Tapi harus dimanfaatkan dengan lebih berkualiti.
Kepada yang hendak bawa anak-anak jalan-jalan, inilah masanya kalau tak sempat buat masa bulan Disember yang lepas. Anak-anak mesti ada stress masing-masing-masing. Jadi, mungkin inilah waktu yang sesuai untuk anda bantu mereka menghilangkan masalah atau stress yang telah membelenggu mereka. Luangkan masa ini dengan lebih berkualiti bersama anak-anak anda.
Ada masa, aku nak jalan-jalan. Mana tahu, terjumpa dengan Hazanis atau Fatin Liyana ker? Bolehlah ajak minum kopi seround dua. Haha..

1,796 total views, 1 views today
Wahh seronok la kan bila dapat cuti special mcm ni..setiap tahun ada jer cuti..tak lama lagi nak cuti pulak..emm seronoknya..kiter gak yang kije seokmo..haha..tapi tak kaya-kaya gak..