Ya. Aku ada dua blog yang tersenarai untuk MSMW 2013. Masa tahun 2012, dua-dua blog ini juga tersenarai. Tapi mungkin nasib dan usaha tidak menyebelahi aku. Jadi, dua-dua blog itu tak menang.
Tapi, tadi masa aku tertidur..aku dapat satu call.
“Saya dari MSMW 2013, blog anda telah dipilih sebagai pemenang..bla..bla dan bla..”
Lebih kurang macam itulah bunyinya.
HUjung cerita. Kiranya salah satu blog aku tu dipilih untuk terima award pada 28 Februari 2013, di Time Square. Majis berjalan antara jam 7-10 malam.
Secara jujur, aku masih terkejut. Apakah kriteria yang dipilih sehingga melayakkan blog itu menang sebab aku rasa blog lain tak kurang juga hebatnya.
Rezeki.
Ya. Mungkin.
Ps: Nak pakai baju apa hari itu ye. Kena tak berlapar sikit kot agar nampak lebih kacak. Hehe..
1,856 total views, 1 views today
As-Salam. Tahniah kerana blog tuan menang. Moga bertambah maju dalam dunia blog Malaysia.
Tahniah!!!